Pages

 photo sddf_zps85c1ecb0.jpg
Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Rumah mampu milik

PROGRAM RUMAH MAMPU MILIK

1. Apakah konsep binaan Rumah Mampu Milik yang dibangunkan oleh SPNB?
Rumah-rumah yang di bina oleh SPNB adalah rumah kediaman tiga bilik tidur dan dilengkapi kemudahan dua bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa dan dijual pada kadar harga serendah RM35,000 mengikut negeri.

Pelajar pun harus belajar berjimat cermat!

Dalam kegawatan ekonomi yang berlaku di negara kita buat masa ini, langkah berjimat cermat adalah perlu agar anda tetap mempunyai wang setiap masa. Begitu juga dengan pelajar samaada dikalangan penuntut IPTA mahupun IPTS yang banyak terdapat kini. Perancangan ini amat penting agar tidaklah pada akhir semester mereka menghubungi mak bapa di kampung untuk meminta bantuan kewangan.

Di sini saya sediakan sedikit tip untuk anda ikuti:-

* Membeli ketika perlu. Kesilapan banyak pelajar, apabila keluar dengan teman-teman, mereka banyak membeli perkara yang tidak perlu. Sebelum anda membeli, pastikan beri masa beberapa saat pada diri anda untuk berfikir samaada benda itu benar-benar penting untuk anda. Contohnya membeli handphone berjenama mahal? Adakah perlu?


*Demam Kad Kredit. Tidak perlulah anda menggunakan kad kredit. Jika ada, sembunyikanlah kad tersebut ataupun patahkan saja. Belajarlah menggunakan duit tunai saja untuk membeli barang keperluan anda. Penggunaan kad kredit akan menambahkan duit anda keluar kerana anda perlu membayar faedahnya.


*Tabiat tak berfaedah. Jika selama ini anda biasa window shopping setiap minggu, minum di coffee house, pergi menonton wayang, merokok, sms kawan tanpa sesuatu yang penting, belajarlah membuang tabiat ini. Mungkin anda akan menjimatkan 10%-40% perbelanjaan bulanan anda.


* Elak pengaruh kawan. Jika rakan anda adalah anak orang kaya dan tidak mengharapkan bantuan pinjaman pelajaran dari kerajaan, tidak bermakna anda pun harus berbelanja sepertinya. Anda harus terikat dengan budget yang telah sediakan setiap bulan. Mungkin ada baiknya jika anda terangkan pada rakan tersebut akan tahap kedudukan kewangan anda.


* Dapatkan barang terpakai. Apa salahnya anda mendapatkan buku terpakai daripada membeli yang baru? Mungkin fotostat pun berguna juga. Yang penting ilmunya. Jika ada buku pelajaran anda yang sudah tidak digunakan, apa kata anda menjualnya dengan separuh harga kepada junior anda?



* Beli borong. Beli barang keperluan seperti pembelian beli satu percuma satu. Contohnya untuk sabun mandi, syampo, buku latihan dan sebagainya.


* Lakukan sendiri. Tidak perlu mengharapkan dobi untuk mencuci pakaian anda, bayaran tersebut anda perlu bayar diri anda sekiranya anda berjaya mencuci pakaian anda sendiri. Jika anda biasa membeli makanan di kafe, apa kata anda pakat-pakat dengan kawan anda untuk memasak di rumah sewaan anda? Ini dapat menjimatkan kos makan anda seharian. Pakatlah dengan kawan-kawan untuk membuat pungutan bulanan agar semua mendapat manfaatnya.



* Duduk di rumah. Jika anda sudah terbiasa keluar tanpa arah tujuan, apa kata anda tetapkan hati untuk selalu duduk di rumah. Menonton tv, menghadap internet atau mengulangkaji pelajaran jauh lebih bermakna. Elak diri dari terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah seperti merempit, melepak, dadah dan sebagainya.



Sifat berjimat cermat ini jika diamalkan, tidak mustahil keadaan ini akan anda praktikkan dalam kehidupan proses rumahtangga anda nanti. Juga tidak mustahil jika keadaan ini akan membolehkan anda membuat sedikit simpanan dari pinjaman yang anda dapati!
Bagaimana membina bajet ?

Membuat bajet sendiri kadangkala bukanlah sesuatu yang seronok untuk dilakukan. Apatah lagi bila diakhir-akhir pengiraan, wang anda lebih banyak dialirkan untuk membayar hutang-hutang yang sedia ada. Akan tetapi realitinya inilah perkara yang anda harus lakukan dalam menentukan kewangan keluarga anda sentiasa dipantau dan keluar masuk kewangan anda dapat ditentukan oleh anda.

Disini saya berkongsi dengan anda bagaimana menentukan bajet anda:


1. Kumpulkan semua bil-bil bayaran anda. Ia termasuklah penyata bank, akaun pelaburan, bil utiliti dan semua bil-bil pembayaran mahupun pendapatan sampingan anda. Dengan cara ini anda dapat menentukan berapa purata pengeluaran kewangan anda setiap bulan.


2. Rekod semua sumber pendapatan anda. Jika anda bekerja sendiri dan mempunyai banyak pendapatan sampingan diluar, pastikan income anda itu dicatat dengan sebaiknya dan dengan teliti. Jika anda sedang bekerja, catatkan gaji yang anda terima setiap bulan.


3. Bina senarai perbelanjaan bulanan. Senaraikan perbelanjaan keluar wang anda yang sentiasa berulang-ulang. Contohnya bayaran kereta, insurans, utiliti, dan sebagainya. Ianya bolehlah dikatagorikan sebagai bayaran tetap setiap bulan yang perlu anda bayar.

4. Buat pecahan untuk bayaran tetap dan bayaran berubah. Tetapkan bayaran yang tetap setiap bulan, contohnya bayaran untuk kereta, rumah, pinjaman da sebagainya. Manakala bayaran berubah adalah seperti bayaran utiliti, termasuk wang dapur, bayaran persekolahan anak, topup dan minyak kereta.


5. Kira keseluruhan jumlah pendapatan dan jumlah pengeluaran.Adalah amat penting untuk anda mengira keseluruhan jumlah pendapatan dan pengeluaran dan sentiasa membuat perbandingan. Jika anda mendapati banyak perbelanjaan keluar, anda harus membuat pemantauan semula dan perbelanjaan besar ini perlu dikurangkan sedikit.


6. Pantau setiap bulan perbelanjaan anda. Perbelanjaan anda perlu dipantau setiap bulan. Jika anda perlu menyediakan buku log khas keluar masuk duit anda ia amat digalakkan.


Dalam penentuan bajet diri atau bajet keluarga anda, amat penting disiplin diri yang tinggi. Kawallah nafsu anda untuk berbelanja besar dan lebih. Buat simpanan tetap setiap bulan, dan nikmatinya saat tiba masa. Selamat menyediakan bajet anda!