Pages

Kehamilan : Anemia atau kurang sel darah merah

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.

Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi seakiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

Bagaimana untuk mengetahui yang saya menghidap Anaemia?

Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anaemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simtom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa:

  • cepat Letih
  • rasa tidak bermaya
  • pucat
  • berdebar-debar
  • sukar bernafas
  • pengsan

Risiko Untuk Mendapat Anaemia

Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:
  • Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
  • Mereka yang mengandung kembar
  • Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
  • Merka yang sering muntah danmempunyai masalah penghadaman

Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?

Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:

  • Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
  • Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol

Maksimakan penyerapan Zat Besi

Ambil perhatian tentang apa yang anda makan atau minum semasa mengambil zat besi ini. Pengambilan adalah vitamin C disarankan kerana ia mengalakan penyerapan zat besi tetapi mengambil minuman yang berkafin bersama dengan makanan yang mempunyai zat besi akan megurangkan penyerapan zat besi dalam badan anda.

Kehamilan : Kencing Manis ketika Hamil (Gestational Diabetes)

Ramai wanita mengalami kencing manis semasa hamil. Ia adalah keadaan dimana badan kita tidak berupaya untuk memproses gula dalam badan, menyebabkan badan tidak dapat makanan yang secukupnya. Sekiranya kencing manis tidak dirawat, ia boleh menjadi serius dan membahayakan bayi dalam kandungan. Sekiranya tidak dapat dikawal dengan baik, bayi mungkin menjadi terlalu besar dalam rahim meyebabkan kesukaran untuk melahirkan dan boleh menjurus kepada pembedahan ceasarean.

Wanita yang mempunyai risiko selalu diuji samada mereka mengalami kencing manis atau tidak selalunya pada kandungan 28 minggu. Pada masa ini uri mengeluarkan hormo dengan banyaknya dan menyebabkan gula kebal kepada insulin.

Risiko-Risiko

Beberapa faktor yang boleh menjurus kepada kencing manis semasa mengandung. Anda akan mempunyai risiko yang tinggi sekiranya:
  1. Anda pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
  2. Berlebihan berat badan
  3. Wanita yang lebih berusia
  4. Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi
  5. Wanita yang pernah menlahirkan bayi 4 kg keatas
  6. Wanita yang mempunyai ayah dan ibu yang mengidap kencing manis

Bagaimana Ia Dirawat?

Anda perlu mengawal tahap gula dalam darah. Ini dilakukan dengan mengamalkan diet yang optimal. Kurangkan pengambilan karbohidrat sementara makan makanan yang mengandungi banyak vitamin dan zat galian, seperti sayur-sayuran dan bijirin. Amalkan senaman setiap hari.
Sekiranya gula masih tidak dapat dikawal, doktor mingkin menyarankan pengunaan insulin. 97-98% wanita yang menalami kencing manis semasa mengandung akan kembali normal selepas bersalin. Walaubagaimana, segelintir dari mereka mempunyai risiko untuk mengalamikecing manis semasa lebih berusia. Sekiranya anda mampu untuk mengawalkan kencig manis ini semasa hamil, peluang untuk mendapat anak yang sihat adalah tinggi.

Kehamilan : Jangkitan kuman ketika hamil

Jangkitan adalah sesuatu yang biasa terjadi. Kehamilan ialah masa dimana sesetengah jangkitan adalah lebih kerap terjadi dari biasa dan sesetengahnya boleh membawa risiko kepada dirinya dan anak didalam rahim.

Demam Selsema Dan Batuk

Kerap terjadi semasa hamil tetapi tidak merbahaya kepada kandungan. Rawatan termasuklah minum air lebih dari biasa dan banyakkan berehat. Ubat selsema adalah selamat dan panadol boleh diambil sehingga 1 gram 4 kali sehari jika perlu. Sekiranya batuk semakin menjadi-jadi dan kahak bertukar menjadi kehijauan, anda sudah dijakiti kuman dan memerlukan rawtan antibiotik. Kebanyakkan ubat antibiotik yang selamat untuk dimakan semasa hamil tetapi beritahu doktor anda yang anda sedang mengandung.

Jangkitan Faraj

Jangkitan fungus (kulat)

Kehamilan menyebabkan wanita lebih senang untuk mendapat jangkitan fungus dan kebanyakkannya disebabkan oleh candida albicans. Kulat ini berada dalam faraj 16% wanita tidak hamil dan 32% wanita hamil. Ia mungkin tidak memberi apa-apa simtom tapi ramai yang mengadu gatal-gatal, sakit dan keluar lendir berwarna putih yang berkeping-keping.

Ia lebih mudah terjangkit pada kandungan ke 2 dan seterusnya, pada trimester ketiga, selepas memakan antibiotik dan dikalangan wanita yang mengalami diabetik. Rawatan selalunya mengunakan antifungal yang dimasukan ke dalam vagina. Ubat makan tidak disarankan semasa hamil. Kaum lelaki juga senang mendapat jangkitan fungus. Ia akan menyebabkan kemerahan dan kesakitan pada zakar dan bintik kecil padanya.

Group B Streptococcus (GBS)

Ialah bakteria yang menjangkiti 15-20% wanita hamil dan selalunya tidak memberi apa-apa simtom langsung. Jarang-jarang, kuman ini akan berjangkit kepada bayi yang boleh meyebabkan jangkitan paru-paru yang teruk selepas lahir. Rawatan antibiotik akan diberikan kepada wanita berisiko mendapat GBS iaitu meraka yang pernah mengalami pecah ketuban sebelum bersalin, kelahiran sebelum 37 minggu, demam atau bayi sebelumnya pernah mengalami jangkitan kuman GBS.

Jangkitan Kuman Yang Berjangkit Melalui Hubungan Seks Atau STD

Jangkitan kuman yang tersebar melalui seks boleh berjangkit kepada bayi dan menyebabkan komplikasi yang teruk. Walaubagaimanapun, di Malaysia, ia bukan sesuatu yang kerap berlaku disebabkan polisi kerajaaan yang menyarankan semua wanita hamil menjalani ujian darah untuk memastikan yang mereka bebas dari kuman STD. Ujian tersebut ialah : VDRL, Hepatitis-B dan HIV.


Kehamilan : Kematian bayi atau stillbirth

Kematian bayi atau stillbirth dimaksudkan, kematian bayi selepas 20 minggu kehamilan sehinggalah selepas kelahiran. Satu dalam 200 kehamilan akan berlaku kematian bayi. Empat belas peratus (14%) dari kematian ini belaku selepas kelahiran dan selebihnya semasa dalam rahim

Tanda-Tanda

Salah satu tanda yang menunjukkan yang ada sesuatu yang tidak kena pada bayi ialah pergerakkan bayi yang kurang dengan ketara atau tiada langsung. Sekiranya ia disertai dengan pemdarahan faraj, cepatlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Diagnosa

Doktor selalunya akan membuat ujian ultrasounds untuk memastikan keadaan bayi anda. Sekiranya tiada degupan jantung bayi kelihatan pada ultrasound, anda akan didiagnosakan mengalami kematian bayi.

Selepas kematian bayi disahkan, selalunya wanita akan mengalami kelahiran secara semulajadi dalam masa dua minggu, tetapi tidak ramai wanita yang sanggup menunggu. Kelahiran secara ‘induce’ boleh dilakukan sebaik sahaja diagnosa dibuat.

Sekiranya tiada penjelasan yang jelas kenapa kematian itu berlaku, beberapa ujian termasuk bedah siasat (post mortem) mungkin akan dijalankan. Walaubagaimanapun, 1/3 daripada kematian stillbirth tidak diketahui puncanya.

Sebab-Sebab Kematian Stillbirth?

Antara punca utama kematian bayi dalam rahim ialah:
  • Kecacatan fizikal, kromosom atau jantung bayi
  • Pendarahan pada uri atau abruptio
  • Ibu yang mengalami kencing manis yang tidak terkawal
  • Eclampsia
  • Jangkitan Kuman
  • Tali pusat terbelit atau terkepit

Pencegahan

Adalah penting untuk anda mendapat penjagaan kehamilan sepanjang tempoh mengandung. Sekiranya anda berisiko tinggi seperti mengalami darah tinggi dan atau kencing manis, pemantauan akan menjadi lebih mendalam dan kerap dari biasa.
Doktor mungkin akan menyarankan pengunaan carta pergerakkan anak semasa kandungan 30 minggu keatas. Sekiranya bayi kurang mengalami pergerakkan kurang dari 10 sehari, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

Peluang untuk hamil selepas mengalami kematian stillbirth tetap ada. Walaubagaimanpun, bagi peluang untuk badan dan emosi untuk sembuh sepenuhnya, sebelum mencuba lagi. Kebarangkalian untuk kejadian ini berulang bergantung kepada punca kematian stillbirth yang pertama. Bagi kematian yang disebabkan oleh janin yang tidak normal, agak jarang ia berulang lagi pada kehamilan seterusnya. Andainya anda hamil lagi, berjumpah dengan doktor untuk untuk pemeriksaan awal agar ketidaknormalan dapat dikesan dengan lebih awal.

Kehamilan : Muntah Muntah (Hyperemesis)


Semasa hamil, loya dan muntah adalah perkara biasa bagi wanita. Tetapi sekiranya muntah-muntah sudah menjadi terlalu teruk, anda mungkin mengalami keadaan yang dipanggil hyperemesis.

Hyperemesis ia satu penyakit yang disebabkan oleh muntah-muntah yang keterlaluan yang terjadi semasa hamil, sehingga meyebabkan wanita hamil kehilangan bendalir dan galian dari badan. Ia berlaku kepada 1.5-2% wanita hamil.

Punca

Walaupun sebab sebenar kurang difahami tetapi keadaan ini mungkin disebabkan oleh
  • Tekanan emosi
  • Masalah sistem penghadaman
  • Perubahan hormon yang mendada
  • Diet yang mengandungi lemak.

Simtom Hyperemesis

  • Muntah-muntah yang keterlaluan berlaku tidak kira masa
  • Pucat
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Rasa letih dan tidak bermaya
  • Kekurangan air
  • Pengsan
  • Kekurangan berat badan dalam masa yang singkat.
Simtoms hyperemesis selalunya terjadi diawal kehamilan iaitu minggu 6-12 tetapi kebanyakan akan berakhir selepas 16 minggu. Sekiranya anda muntah dengan banyak pada awal hamil, cepatlah berjum dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami hyperemesis.

Risiko Hyperemesis

Sekiranya tidak dirawat, hyperemesis boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menjurus kepada:
  • Kekurangan zat makan yang ketara
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah hati
  • Masalah buah pingang

Rawatan

Sekiranya anda disahkan mengalami hyperemesis, anda selalunya akan dimasukkan ke wad untukmenjalani rawatan rehidrasi mengantikan bendalir dan zat galian badan yang hilang.

Kehamilan : Kelahiran Pra-Matang

Kelahiran pra-matang ialah kelahiran yang berlaku sebelum kandungan berusia 37 minggu. Ia boleh berlaku secara spontan atau kerana di ‘induced’ disebabkan oleh komplikasi kehamilan.

Sebab-Sebab Kelahiran Pra-Matang

  • Uri yang tidak normal
  • Masalah pangkal rahim yang longgar
  • Jangkitan kuman pada sistem peranakkan
  • Masalah perubatan pada ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya
  • Masalah pada bayi dalam kandungan

Risiko

Terdapat banyak faktor boleh menjurus kepada kelahiran pra-matang. Sesetengah dapat diatasi oleh anda sendiri seperti:
  • Merokok
  • Minum alkohol
  • Menagih dadah
  • Badan terlalu kurus
  • Kekurangan zat makanan yang keterlaluan
Menghindari faktor diatas akan memberi peluang untuk kandungan anda menjadi matang (38-42 miggu) . Risiko-risiko lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah:
  • Gusi berkuman
  • Jangkitan kuman
  • Hormon tak seimbang
  • Pangkal rahim yang longgar( cervicle incompetence)
  • Rahim terlalu sensitif
  • Uri berkedudukan bawah (Placenta Praevia)
  • Masalah perubatan seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya
  • Tekanan emosi yang keterlaluan
  • Umur dibawah 17 tahun
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Fibroid
  • Kandungan kembar
  • Bayi yang tidak normal
  • Sejarah kelahiran pra-matang sebelumnya

Tanda-Tanda Kelahiran Pra-Matang

Kelahiran Pra-matang merupakan komplikasi yang sangat serius. Tetapi ramai wanita tidak memahami tanda-tanda awal kelahiran ini. Sekiranya dapat dikesan lebih awal, mungkin ia akan dapat dicegah dan memberikan bayi anda peluang hidup yang besar. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti dibawah, berjumpalah dengan doktor dengan seberapa segera.
  • Keluar cecair dari faraj terutama bila ia secara tiba-tiba dan banyak
  • Pendarahan kecil atau keluar darah bercampur lendir dari faraj
  • Sakit perut seperti senggugut atau mengalami 5 kontraksi dalam masa satu jam
  • Rasa tekanan dan berat pada pelvis
  • Sakit belakang
  • Bengkak pada muka dan mata
  • Pedih semasa kencing
  • Muntah

Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Kelahiran Pra-Matang

  • Hindari dari jangkitan kuman seperti kencing kotor atau jangkitan faraj-amalkan penjagaan faraj yang optimal.
  • Amalkan penjagaan dental yang baik-berjumpalah dengan doktor gigi sekiranya ada masalah terutama sebelum merancang untuk hamil.
  • Jangan merokok, minum alkohol dan ubatan yang tidak disarankan oleh doktor
  • Cegah dehydrasi dengan meminum air 8 gelas sehari.

Rawatan

  • Rehat sepenuhnya samada dihospital atau dirumah
  • Hindari dari hubungan seks
  • Ubatan seperti ventolin mungkin akan digunakan untuk menghentikan kontraksi dan mengurang kecutan pada rahim.
  • Suntikan Dexamethasone untuk matangkan paru-paru bayi
  • Antibiotik sekiranya anda mengalami sebarang jangkitan

Kehamilan : Kehamilan luar rahim / Mengandung luar rahim

Salah satu komplikasi hamil ialah mengandung di luar rahim. Ini terjadi apabila telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim. Kebanyakkan berlaku di dalam salur fallopian itu sendiri (>50%). Itulah sebabnya kandungan luar rahim juga dipanggil kandungan tubal (tubal pregnancy).

Tempat-tempat lain termasuklah ovari, serviks dan dalam ruang abdomen. Apabila janin membesar di tempat yang tidak sepatutnya,ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Ini boleh mengancam nyawa dan memberi kesan kepada tahap kesuburan anda.Sebab itulah sangat penting untuk wanita mengenali gejala dan tanda awal kandungan luar rahim ini kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda.

Gejalan dan tanda (simptom)

Tanda-tandanya agak sama dengan keguguran biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu perihatin dan menganggap ia sesuatu yang ringan. Tanda-tandanya ialah:

  • Haid yang lambat
  • Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat.
  • Ujian kehamilan positif
  • Pening-pening
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Sakit pada bahu
  • Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim.

Sekiranya gejala begini berlaku, berjumpalah dengan doktor anda secepat mungkin.

Risiko untuk kehamilan luar rahim

Risiko yang paling penting yang menjurus kepada kehamilan diluar rahim ialah salur fallopian yang rosak. Anda berisiko tinggi sekiranya anda mempunyai keadaan dan pernah menjalani prosedur yang melibatkan salur fallopian. Jangkitan kuman dan surgeri pada pelvis meninggikan risiko anda untuk mendapatnya. Pembedahan ikat atau tubal ligation juga boleh menambahkan risiko mengandung luar rahim.

Lain-lain faktor yang meninggikan risiko anda termasuklah:

  • Sekiranya anda mempunyai kandungan luar rahim sebelumnya.
  • Sekiranya anda pernah mengalami radang pelvis
  • Sekiranya anda pernah mendapat rawatan kesuburan
  • Sekiranya anda mengalami endometriosis
  • Sekiranya anda mengamal IUD sebagai alat kontrasepsi.

Kehamilan : Pedarahan faraj semasa hamil

Banyak sebab kenapa wanita mengalami pedarahan faraj semasa hamil. Ada wanita yang mengalami pendarahan ringan terutamanya pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.

1. Pendarahan Implantasi

Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

Apa itu pendarahan implantasi?
Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi. Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

Bilakan implantasi selalu terjadi?
Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

2. Keguguran

Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah dari hamil janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.

3. Hamil di luar rahim(Ectopic Pregnancy)

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah mengandung diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ia berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan

4. Kandungan Anggur

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal yang membesar dengan cepat. Tiada janin didalam kehamilan ini.

5. Ketumbuhan pada pangkal rahim

Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.

6. Placental Abruption

Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.

7. Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah

Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekinya berlaku pendarahan

8. Tanda bersalin

Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mucus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.

Kehamilan : Uri Berkedudukan Rendah (Placenta Preavia)

Uri adalah organ yang terdapat didalam rahim wanita hamil, bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi dari ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal ialah apabila ia berada di tengah atau dibahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh dari kawasan dimana bayi sepatutnya keluar dari rahim. Uri di kedudukan bawah pula berada dikawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.

Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui diawal kehamilan kerana 20% daripada uri berada dibawah apa awalnya, tetapi apabila kandungan berusia 28 minggu kebanyakkan dari uri sudah tertarik keatas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma 5% sahaja yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Pada masa ini keadaan ini dipanggil Placenta Previa.

Komplikasi dan rawatan

Sekiranya uri anda masih dibawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk mengalakkanya naik keatas. Rawatan pula bergantung kepada tahap placenta previa (PP) tersebut, samada ia menutup keseluruhan laluan bayi atau separuh sahaja. Tahap keterukan dibahagikan kepada 4 jenis. Jenis 1-4. Jenis 1 adalah yang paling ringan, iaitu uri berada dikedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim manakala jenis ke 4 pula bermaksud uri menutup keseluruhan pintu rahim.

Sekiranya wanita mengalami PP jenis ke 4, terdapat risiko tinggi untuk kelahiran pra-matang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simtom pesakit dengan memasukkan pesakit ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.

Kehamilan : Menangani sakit-sakit kecil semasa hamil

Sebelum mengandung, masalah sakit dan demam kecil memang senang untuk diatasi kerana ubat-ubatan senang diperolehi dimana-mana. Kalau sakit kepala makan saja ubat tahan sakit, kalau demam telan sahaja ubat demam. Tetapi apabila anda hamil, segalanya berubah!

Sekiranya anda boleh, elakkan semua ubat-ubatan semasa awal mengandung iaitu pada 3 bulan pertama kerana pada masa itu bayi membentuk dengan kadar yang sangat cepat. Lebih bagus sekiranya anda tidak mengambil sebarang ubat sepanjang tempoh kehamilan awal ini.

Kebanyakkan wanita yang takut memakan ubat yang dipreskripsikan doktor mungkin beralih kepada ubat-ubatan traditional kerana menyangka ubat ini selamat tetapi ada juga ubat traditional dan herba semulajadi yang boleh mendatang kemudaratan kerpada pesakit. Ramai wanita menyangka yang ia bukan sejenis ubat dan membuat keputusan untuk tidak memberitahu doktor.

Sakit kepala

Ibu hamil tidak disarankan mengambil ubat seperti aspirin atau ubatan yang terdiri dari kumpulan NSAIDs. Panadol walaubagaimanapun adalah selamat. Sakit kepala yang biasa boleh dilegakan dengan mengurangkan tekanan dan dengan mengamalkan teknik relaksasi. Hindarkan dari makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala seperti coklat dan minuman bercafin. Mereka yang menghadapi migrane mungkin perluu mendapat ubat yang lebih kuat dengan preskripsi doktor.

Sakit urat dan lenguh-lenguh

Selalunya akan hilang dengan sendiri. Anda boleh mengosok dan meletakkan kain atau menda suam ditempat yang sakit. Panadol juga boleh mengurangkan sakit. Sekiranya ia tidak juga berkurangan selepas beberapa hari, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan

Loya dan muntah

Doktor sebenarnya lebih suka untuk tidak memberikan sebarang preskripsi untuk loya, sebaliknya menyarankan memakan makanan dengan kadar sedidit tetapi lebih kerap. Hindarkan makanan pedas dan berkari.

Pedih ulu hati dan ketidakhadaman

Kebanyakan antacid adalah selamat untuk dimakan pada mana-mana peringakt bersalin. Jangan risau untuk mengambilnya. Kurang makanan berminyak, pedas dan minuman berkafin.

Demam selsema

Minum air secukupnya untuk rehidrasi, menyedut wap panas boleh menolong mengurangkan selsema dan hidung tersumbat. Sekiranya anda mengalami selsema yang teruk dan ia terjadi di awal megandung, spray hidung akan adalah selamat digunakan. Selepas semester pertama, antihistamine biasa adalah selamat digunakan.

Batuk-batuk

Ubat batuk selalunya selamat digunakan asalkan tidak mengandungi alcohol. Berbincanglah dengan doktor anda untuk recomendasi yang lebih baik bagi wanita hamil.

Kehamilan : Fakta utama ovulasi

Ovulasi berlaku apabila telur yang matang dilepaskan daripada ovari ke salur fallopian dan bersedia untuk disenyawakan. Dalam masa yang sama, dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan telur yang sudah disenyawakan.
Sekiranya tiada persenyawaan, dinding rahim akan gugur bersama darah dan haid terjadi.

  • Telur cuma berupaya hidup 12-24 jam selepas dilepaskan dari ovari.
  • Selalunya cuma satu telur sahaja yang dilepaskan setip kali ovulasi.
  • Ovulasi boleh dipengaruhi oleh tekanan, sakit atau kiranya terdapat gangguan pada rutin seharian.
  • Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan faraj semasa ovulasi.
  • Implantasi selalunya terjadi 6-12 hari selepas ovualsi.
  • Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan.
  • Haid masih boleh berlaku walaupun ovulasi tidak berlaku.
  • Ovulasi juga masih boleh berlaku walaupun haid tidak datang.
  • Sesetengah wanita mungkin merasa sedikit sakit pada bawah perut semasa ovulasi terjadi.
  • Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan diserap kedalam dinding rahim dan akan gugur bersama-sama darah haid.

Kehamilan : Darah tinggi ketika hamil

Tekanan darah tinggi adalah salah satu sebab mengapa wanita hamil dimasukkan ke hospital. Hypertension bermaksud tekanan darah tinggi manakala hypotension pula bermaksud tekanan darah rendah. Hypotension adalah normal semasa mengandung semasa awal dan pertengahan kehamilan dan sesuatu yang tidak perlu dirisaukan.
Kenapa Tekanan Darah Tinggi Merbahaya?

Punca utama mengapa wanita mengalami darah tinggi semasa hamil ialah disebabkan satu keadaan yang dinamakan pre-eclapmsia yang boleh menjurus kepada ECLMAPSIA, satu penyakit darah tinggi yang sangat serius. Pre-eclampsia dan eclampsia adalah salah satu punca utama kematian ibu dan bayi semasa hamil. 5-10% wanita yang mengandung anak sulung akan mengalami eclampsia.

Jenis-jenis Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi kronik

Ia adalah penyakit darah tinggi yang wanita alami semasa wanita masih belum hamil lagi. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia dan wanita tersebut mungkin mempunyai sejarah keluarga yang juga mempunyai darah tinggi.

Penyakit darah tinggi kronik mungkin boleh mmenjadi lebih teruk sewaktu lewat kehamilan dan selalunya doktor akan memberikan pauntauan yang teliti terhadap tekanan darah selepas trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang digunakan agak selamat semasa hamil dan selalunya doktor akan menukar ubat yang biasa dimakan sebelum hamil kepada yang lebih sesuai untuk wanita hamil.

Tekanan darah tinggi disebabkan oleh kehamilan (PIH)

Ia terjadi cuma semasa hamil dan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan. Sebahagian kecil dari wanita ini akan mengalami eclampsia tetapi agak sukar untuk menentukan siapa yang lebih berisiko. Juga segelintir mereka yang mengalami PIH ini akan mendapat mendapat tekanan darah tinggi akhirnya semasa lebih berusia.

Pre-eclampsia (PE)

Pre-Eclampsia(PE) adalah penyakit yang unik semasa hamil. Ia bukan sahaja penyakit yang melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan.

Buah pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi dari penyakit ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam peringkat yang agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing. Sekiranya terdapat banyak protin didalam urin bermakna wanita sudah mendapat pre-eclampsia. Semakin banyak protin yang terdapat dalam urin semakin teruk keadaan pesakit tersebut.

Sekiranya PE tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi serius dengan cepat dan eclampsia akan berlaku. Ini terjadi apabila wanita mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi dan dia belum melahirkan, kemungkinan besar bayi juga akan mendapat komplikasi dan mungkin boleh meninggal didalam rahim. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.

Penyebab Pre-Eclampsia

Ia tidak diketahui bagaimana penyakit ini terjadi. Banyak hormon yang terlibat tetapi penyebab sebenar masih menjadi tanda-tanya. Tetapi pakar perubatan mendapati ia mungkin berkaitan dengan uri. Pakar mendapati, uri tidak membentuk secara normal dengan salur darah tidak menjadi nipis dan lembut sebagaimana yang sepatutnya.

Pembentukkan uri yang tidak normal boleh berlaku seawal 18-20 minggu kehamilan. Terdapat juga darah beku, menyebabkan salur darah tersumbat didalam uri dan ini menjelaskan kenapa bayi wanita yang mempunayai pre-eclampsia lebih kecil dari biasa. Buat masa ini terdapat banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana ia boleh dicegah.

Apa yang menyebabkan PE lebih kerap terjadi?

Keadaan berikut boleh diri anda lebih berisiko untuk mendapat PE tetapi perlu diingat, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

* Ia sering terjadi kepada kandungan sulung
* Mempunyai PE pada kandungan sebelumnya
* Berumur kurang dari 20 atau lebih dari 35
* Migrane
* Mempunyai ahli keluarga dekat keluarga yang mempunyai PE
* Mempunyai hypertension kronik
* Terlalu kurus
* Terlalu rendah
* Kandungan kembar
* SLE
* Kandungan molar

Simptom-simptom PE

Adakalanya ia tidak memberi sebarang gejala tetapi bergantung sepenuhnya kepada tahap keterukan PE tersebut.

* Mata berpinar atau rasa mahu pitam
* Mata menjadi sensitif kepada cahaya
* Sakit kepala
* Sakit pada perut sebelah kanan atas
* Muntah

Rawatan

Sekiranya anda mengalami PE yang teruk, rawatan yang paling berkesan ialah dengan melahirkan. Ia tidak menjadi masalah sekiranya kehamilan mencecah 38 minggu tetapi sekiranya baru 30 minggu, ia boleh memberikan delima kepada doktor disebabkan bayi yang sangat pra-matang. Adalah menjadi kebiasaan untuk meng’induce’ kehamilan tersebut atau melahirkan bayi melalui pembedahan ceasarean.

Bagi meraka yang mengalami PE yang sederhana atau ringan, kehamilan boleh diteruskan sehingga anak menjadi lebih matang, dengan syarat PE tersebut dalam keadaan terkawal. Tetapi sekirnya ia sudah dalam keadaan yang membahayakan, selalunya kelahiran akan dipastikan untuk menyelamatkan nyawa ibu tak kira apa usia kandungan.
Adakah ia boleh terjadi lagi?
PE boleh terjadi semula pada kandungan kedua sekinya anda pernah mengalaminya pada kandungan terdahulu. PE yang sederhana mempunyai kurang risiko untuk terjadi semula pada kandungan seterusnya adalah lebih kurang 5-10% sahaja.
Sekiranya wanita pernah mengalami PE yang teruk, risiko untuk mengalaminya pada kandungan akan datang adalah lebih tinggi iaiatu 20-25%. Malangnya buat masa sekarang tiada ubat atau cara mujarat untuk memastikan ia terjadi atau berulang kali kedua.

Kehamilan : Berapa lamakah masa diambil untuk saya mengandung?

Memang sukar untuk meneka dengan tepat bilakah seseorang wanita itu akan hamil. Faktor-faktor seperti usia, kesihatan badan secara umum, kesihatan sistem peranakan dan kekerapan melakukan hubungan seks memberi pengaruh yang besar terhadap peluang untuk anda mengandung.

Walaubagaimanapun, statistik umum dapat memberikan sedikit idea berapa lama wanita akan hamil dari tarikh ia mencuba untuk hamil. Umumnya, pasangan yang subur mempunyai 25% peluang untuk hamil setiap kitaran haid. 80% dari kebanyakkan pasangan akan hamil dalam masa satu tahun mencuba dan 10% lagi akan hamil pada tahun seterusnya.

Cuma 10% wanita sahaja mengalami masalah untuk hamil selepas tahun ke 2 dan wanita inilah yang akan mengalami masalah ketidak-suburan. Tinggikan peluang anda untuk hamil dengan mengetahui masa subur dan dengan membiasakan diri dengan kitaran haid. Ia amat mudah sekiranya haid anda teratur.

Sekiranya percubaan anda untuk hamil sudah melebihi tempoh dua tahun, berjumpalah dengan doktor untuk untuk mengetahui punca kesukaran anda untuk hamil.

Kehamilan : Tanda - Tanda Kehamilan

oleh Prof Dr Azizan

Keletihan

Keletihan melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung rasa tertekan. Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa menguruskan rumah tangga sendiri tanpa bantuan dari suami atau pembantu rumah. Amalkan Staminex untuk memberi tenaga sepanjang hari walaupun dalam keadaan sibuk.

Vena Varikos

Urat-urat kaki akan membengkak dan timbul sewaktu hamil. Ini berlaku disebabkan oleh kandungan hormon kehamilan yang meningkat meyebabkan saluran darah membesar dan perjalanan darah menjadi perlahan. Rahim yang membesar juga menekan aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan lambat. Ini berlaku pada pada bulan-bulan terakhir kehamilan kerana berdiri terlalu lama dan lebih kerap berlaku di kalangan wanita yang sudah berulang kali hamil. Ceraian Salindah B1 membantu melancarkan aliran darah agar mencegah berlakunya Vena Varikos.

Buasir Pendarahan atau rasa sakit semasa membuang air besar boleh berlaku sewaktu hamil. Ia berlaku disebabkan tekanan kepala bayi pada vena (urat) disekeliling dubur dan menyebabkan ia membengkak. Makanan berserat membantu melawaskan pembuangan najis. Amalkan Bio-Fiber sewaktu mengandung.

Pitam

Ini berlaku akibat tekanan darah rendah sewaktu mengandung. Punca utamanya ialah dari sistem peredaran darah ibu hamil. Sewaktu bangun dari tidur jangan terus berdiri, mengiring terlebih dahulu dan bangun perlahan-lahan. Ceraian Salindah B1 membantu menambah darah di kalangan wanita hamil.

Morning Sickness

Biasanya berlaku selama tiga bulan. Ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah. Deria bau mereka pada waktu ini juga menjadi lebih kuat. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah seperti rasa serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugas. Anda digalakkan makan makanan yang rendah karbohidrat dan susu. Produk yang disyorkan termasuklah Diafood dan Susu Intelac.

Kulit Perut Merenggang

Ia juga dikenali sebagai stretcht mark yang berlaku kerana kulit menegang dan pecah pembesaran rahim meregangkan tisu di bawah kulit. Kesan ini boleh dikurangkan dengan menyapu minyak zaitun 2-3 kali sehari dari mula kehamilan sehingga bulan terakhir kehamilan.

Bisa Hati

Sakit hulu hati akibat timbunan asid gastrik dalam perut. Perjalanan usus lebih lambat ketika hamil dan rahim yang kian membesar menekan perut menyebabkan asid perut bertakung. Bahagian tengah dada juga akan terasa sakit. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum lebih susu dan tidak membiarkan perut kosong. Kurangkan makanan pedas atau bergoreng dalam diet.

Infeksi Vagina

Perubahan hormon yang disebabkan oleh kehamilan mengubah tingkat keasidan vagina dan meningkatkan produksi karbohidrat (glikogen) yang merupakan makanan bagi organisme jangkitan. Penggunaan douche yang dirumuskan menggunakan bahan-bahan semulajadi digalakkan seperti Femina untuk mengawal jangkitan fungus.

Kerap Buang Air Kecil

Kerap berlaku pada trimester ketiga kehamilan kerana rahim menekan pundi kencing. Otot dasar pelvis yang lemah menjadikan air kencing akan keluar secara tidak sengaja jika batuk atau ketawa. Elakkan mengangkat barang berat dan kerap lakukan senaman lantai pelvis.

Kekejangan

Kekejangan yang berlaku di kalangan wanita hamil menunjukkan mereka kekurangan bekalan kalsium. Kontraksi otot yang menyakitkan biasanya berlaku pada betis dan kaki. Banyakkan pengambilan kalsium seperti susu, dadih dan keju.

Terkini : Hukuman Sebat Wanita


Petikan dari mingguan wanita

Rentetan dari kes itu, Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengambil inisiatif membincangkan permasalahan itu melalui “Forum Undang-undang Islam dan Hukuman Sebat Wanita” yang bertujuan untuk memberi maklumat-maklumat berkenaan kedudukan dan hukuman sebat wanita dalam Syariah Islam dan undang-undang di Malaysia. MW kali ini memaparkan isu yang di rungkai dalam forum yang menampilkan tiga orang panel iaitu Prof Madya Dr. Nasimah Hussin, Datin Dr. Paizah Ismail Dr. Jasri Jamal

Hukuman utama cegah jenayah
Menurut pensyarah di Kuliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr. Nasimah Hussin tiada peruntukan
khusus yang melarang mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman sebat ke atas wanita. Tambahan pula undangundang Islam itu sendiri tidak membeza-bezakan hukuman antara lelaki dan wanita. Bidang kuasa mahkamah syariah diguna pakai bagi kesalahan yang melibatkan perkahwinan, kesusilaan seperti berzina, berkhalwat, menukar jantina, minum arak, kerohanian dan ibadah Muslim, bertukar agama, Qazaf (menuduh zina) dan kesaksian palsu. Ia hanya terpakai di kalangan orang Islam. Manakala kesalahan mencuri, merompak, membunuh berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil. Undang-undang negeri tidak boleh berlawan dan ia perlu mematuhi undang-undang persekutuan.

Di bawah Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 (pindaan) 1984 memberi bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM5000, penjara tidak melebihi tiga tahun dan sebatan tidak melebihi 6 kali sebatan atau gabungan mana-mana hukuman. “Hukuman penjara begitu besar kesannya kepada pesalah syariah apatah lagi ia tidak melibatkan mangsa. Misalnya meminum arak, di manakah mangsanya? Berbalik kepada hukuman sebat syariah, ia tidak melibatkan perpisahan di antara suami, isteri mahupun anak-anak.

“Berbanding hukuman penjara ia bukan sahaja memisahkan sesebuah keluarga malah menyebabkan pesalah menanggung beban emosi yang berpanjangan seperti hilang pekerjaan,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerjanya baru-baru ini. “Hukuman denda pula kurang memberikan kesan untuk mencegah kes jenayah kerana bagi sesetengah golongan, mereka tidak bermasalah untuk menjelaskan denda terbabit, sedangkan orang miskin yang tak dapat membayarnya, terpaksa masuk penjara. Jadi, undang-undang ini tidak boleh mencegah. Justeru saya menyarankan sebatan dijadikan hukuman utama untuk mencegah jenayah,” sambungnya lagi.

Sudah diguna pakai sejak zaman Rasulullah
Pensyarah di Kuliyyah Undang-undang UIAM, Prof Madya Datin Dr. Paizah Ismail menjelaskan hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah bukanlah satu hukuman mati untuk pesalah. Cara hukuman sebat telah pun diguna pakai sejak zaman Rasulullah s.a.w dan pelaksanaannya perlu diteruskan sehingga hari ini. Tambahnya, hukuman sebat bukanlah satu tatacara yang mudah kerana ia perlu menjamin satu pelaksanaan hukuman yang benar-benar adil, tidak memudaratkan apatah lagi mencederakan dan mencapai objektif yang telah digariskan oleh Islam itu sendiri iaitu bertujuan mendidik, memberi pengajaran dan keinsafan kepada pesalah.

Walau bagaimanapun, hukuman sebatan yang dilaksanakan itu haruslah diikuti dengan rasa penuh keinsafan dan taubat yang ikhlas daripada pesalah itu sendiri ke atas setiap kesalahan yang dilakukan. Dia perlu memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Hukuman sebat syariah juga tidak memberi kesan emosi sehingga memalukan seseorang pesalah. Pertikaian mengenai tempat hukuman dilaksanakan juga diperjelaskan olehnya. Islam begitu indah. Hukuman sebat syariah itu mengikut cara yang dilaksanakan ketika zaman Rasulullah. Di situlah terletaknya kemanisan Islam yang mana pelbagai tatacara perlu dijaga sebelum sampai kepada hukuman sebat.

Misalnya, tempat hukuman tidak didedahkan kepada umum sebaliknya hanya dilaksanakan di kalangan sekumpulan orang mukmin, pesalah wanitanya dalam keadaan duduk ketika disebat malah perlu memelihara auratnya. Jelas di sini walaupun mereka bersalah, Islam tetap menghukum mereka dengan cara yang terhormat. Oleh itu, semua pihak seharusnya memahami terlebih dulu konsep sebatan dalam Islam sebelum membuat sebarang justifikasi. Masyarakat perlu membuang persepsi sebat dalam undang-undang konvensional, kerana ia jauh berbeza.

Terdapat kekaburan
Manakala, pensyarah di Fakulti UndangUndang Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Jasri Jamal menjelaskan tiada peruntukan spesifik dalam enakmen, akta atau ordinan Tatacara Jenayah Syariah yang mengecualikan pesalah perempuan dan lelaki berusia lebih 50 tahun dikenakan sebatan. Kebanyakan daripada undangundang berkaitan sebat syariah yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dan Kelantan menyamai dengan yang diguna pakai di Pakistan.

Walau bagaimanapun, terdapat kekaburan dalam prosedur sebatan Mahkamah Syariah misalnya alat sebatan, tempat yang tidak meletakkan tatacara, masa, kategori orang yang melaksanakan sebatan iaitu seorang yang adil. Bagaimana hendak menilai seorang yang adil? Begitu juga dengan pakaian yang menutup aurat yang bagaimanakah yang dimaksudkan. Adakah tebal sehingga tidak memberi kesan sebatan pada pesalah? Ulasnya lagi, masih wujud kekaburan tatacara hukuman sebatan oleh mahkamah syariah walaupun ada prosedur sebatan yang seragam. Isu sebegini sebenarnya boleh diatasi sekiranya ada kerjasama dari semua pihak.

Resepi : Gulai Tempoyak



Bahan-Bahan :

Ikan (dibersih dan dipotong ketul2)
Tempoyak (ikut cita rasa. . kalau nak kuat rasa dan pekat guna banyak about 5 sudu besar)
Cili basah/api (ikut kepedasan anda.. kalau suka pedas tambah cili)
Timun (separuh) - di buang biji dan dipotong dan dipotong panjang panjang macam buat gulai acar ikan.
Bawang merah
Garam
Gula
Serai - 2 batang atau mengikut citarasa.

Cara-cara :

1. Tumbuk cil, bawang merah hingga lumat. Kemudia masuk kan serai dan titik bersama-sama dengan cili dan bawang tadi.
2. Tempoyak di isi di dalam mangkuk yang agak besar dan gaul2 hingga hancur. Tapis agak2 ketulan2 yang tidak pecah dapat di asing.
3. Masukkan ikan kedalam periuk.
4. Masukkan air tempoyak kedalam periuk ( kepada yang sukakan santan )
5. Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam periuk.
6. Letak periuk diatas api untuk dimasak.
7. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Jika tempoyak agak masak, tambahkan gula untuk mengurangkan rasa masam.

Resepi : Kerabu Mangga Muda




Bahan-Bahan

10 biji mangga muda - dicincang halus memanjang
2 biji kelapa parut - digoreng dan dikisar kasar
200gm kacang tanah - digoreng & ditumbuk kasar
100gm udang kering - dikisar halus
5 ulas bawang merah - dihiris
50gm cili padi - dihiris halus
Secukup rasa gula, sos ikan & garam.

Cara - cara

Masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan kesemua sehingga sebati.

Resepi : Gulai Maman Baung Jeruk



Bahan - bahan :


4 ekor anak baung ~ bersihkan dan potong 2
1 bungkus maman jeruk ~ kalau tak nak masam sangat, jirus sedikit dgn air dan toskan
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
10 biji (lebih atau kurang) cili api ~ ditumbuk
1/2 inci kunyit ~ ditumbuk
2 batang serai ~ diketuk
Santan ~ secukupnya
Garam secukup rasa dan sedikit gula.

Cara - cara :

1. Masak bahan tumbuk bersama santan sehingga mendidih. Kuah hendaklah sentiasa dikacau(menimbuk, bahasa kampung) santan supaya tidak pecah minyak.
2. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan dan maman jeruk.
3. Masak sehingga ikan masak dan perasakan dengan garam serta gula. Kalau kuah tidak masam, bolehlah ditambah dengan asam keping.
4. Setelah ikan masak, bolehlah di angkat.
**Kuantiti kuah(santan) bergantung kepada citarasa sendiri.

Kekeluargaan : Makan Bersama Membina Sifat Kekeluargaan











Oleh Prof Madya Dr Norimah A. Karim, Pakar Pemakanan


Makan sekeluarga memainkan peranan penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan tetapi kini jarang diamalkan. Ada beberapa sebab kita harus meneruskan amalan ini bersama keluarga kita. Makan malam bersama keluarga bukan sahaja bertujuan mendapatkan khasiat pemakanan yang baik; inilah masa paling sesuai bagi seisi keluarga untuk meluangkan masa kualiti bersama. Amalan ini akan membina keluarga bahagia selain memupuk amalan pemakanan sihat di kalangan anak-anak kita. Walaupun makan malam bersama amat penting, semakin banyak keluarga kesuntukan masa untuk melakukannya, terutamanya ibu bapa yang bekerja. Tambahan lagi, kita secara tidak sedar lupa untuk mengajar anak cara yang betul untuk makan dan sebaliknya terlalu memberi tumpuan kepada makanan berkhasiat yang harus dimakan. Malah hanya sewaktu makan bersama barulah kita boleh mengajar anak kita tentang pemakanan sihat dan juga



Mengajak Ahli Keluarga Makan Bersama

Anda ingin menggalakkan keluarga anda makan bersama? Cuba beberapa cadangan berikut:

1-Jadi teladan yang baik – Perkara paling penting yang harus diingat ialah anak kita mencontohi tingkah laku kita. Jika kita makan cepat, terlalu memilih makanan atau tidak kisah apa yang berlaku di meja makan, anak kita akan mencontohi sikap kita terhadap makanan.

2-Menyampaikan mesej yang betul – Menunjukkan sikap yang baik terhadap makanan akan menanamkan amalan pemakanan yang baik di kalangan anak kita. Jangan asyik menyatakan bahawa kita sedang berdiet dan tidak mahu makan; kita tidak mahu anak kita menjadi seperti ini apabila dia meningkat dewasa.

3-Beri tunjuk ajar kepada anak kita – Makan dan juga hidangkan saiz sajian yang sederhana untuk memberi anak kita gambaran yang baik tentang cara pemakanan yang betul. Pastikan kita mengamalkan sikap positif terhadap makan dan makanan; dengan cara ini, anak kita akan mempelajari tentang amalan dan khasiat pemakanan yang betul dan akan menganggapnya sebagai sesuatu yang penting dan perlu dalam kehidupannya.

4-Ketepikan segala gangguan – Pastikan kita memanfaatkan sepenuhnya masa yang diluangkan bersama, yang seharusnya bersifat dinamik dan ceria. Padamkan televisyen dan telefon bimbit kita jika perlu.

5-Libatkan anak kita – Ajak anak kita membantu menyiapkan makanan, menyusun meja, menghidangkan makanan dan mengemas meja selepas makan. Dengan cara ini anak kita rasa bertanggungjawab, dan berbangga dengan bantuan yang diberikannya.




Mengapa Makan Bersama Membawa Manfaat

Khasiat Pemakanan Yang Lebih Baik – Kanak-kanak yang kerap makan bersama keluarga lebih cenderung untuk makan buah-buahan sebagai snek dan juga mendapatkan khasiat penting lain daripada sayur-sayuran, bijian dan makanan yang kaya dengan kalsium.



1-Kurang Meragam

Remaja yang menghabiskan lebih banyak masa makan bersama keluarga didapati kurang melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak disenangi.

2-Mengeratkan Hubungan Keluarga

Waktu makan selalunya singkat kerana kita terpaksa mengejar masa menghabiskan tugasa, menghadiri mesyuarat dan pelbagai lagi perkara. Kalau begini caranya, anak kita pasti tidak suka makan bersama. Apabila makan bersama keluarga, pastikan seisi keluarga duduk bersama untuk memanfaatkan sepenuhnya masa yang diluangkan.

3-Bergembira Bersama

Pastikan perbualan menyentuh perkara yang menceriakan, untuk memastikan semua orang gembira.



Satu kajian Harvard yang diterbitkan dalam Archives of Paediatrics & Adolescent Medicine (2000) mendapati bahawa ahli keluarga yang kerap makan bersama menunjukkan pengambilan khasiat yang lebih baik dan menghadapi risiko yang lebih rendah tidak dapat mengawal berat badan serta penyalahgunaan dadah. Selain itu, ahli keluarga yang makan bersama setiap hari mengambil kandungan nutrien yang lebih tinggi seperti kalsium, serat, besi, vitamin B6 dan B12, C dan E serta mengambil lemak keseluruhan yang lebih rendah, justeru mengekalkan gaya hidup yang sihat

Perkerjaan : Tabiat Yang Membunuh Karier Anda


Terdapat beberapa tabiat buruk yang akan memusnahkan kerjaya anda. Jika tidak dikawal, pasti prestasi kerjaya anda jatuh menjunam.

1. Datang Lewat : dalam membina kerjaya, disiplin merupakan pokok utama. Lewat ke pejabat, gagal menepati temujanji dengan klien hanya akan melepaskan kerjaya anda.

2. Bergosip : umpat-mengumpat di pejabat sememangnya menjadi budaya sebahagian daripada kita khususnya orang melayu. Namun, awas sikap bergosip ini tidak membawa sebarang faedah, hanya mengundang konflik yang akan memberi kesan buruk terhadap prestasi kerjaya anda.

3. Menangguhkan Kerja : sikap sebegini hanya mengundang masalah. Penangguhan kerja akan menyebabkan anda melakukan kerja ala kadar sahaja. Jika dilakukan tergesa-gesa, pasti kualiti kerja terjejas.

4. Menyalahgunakan Harta Syarikat : menyalahgunakan harta syarikat seperti telefon, mesin cetak dan sebagainya demi kepentingan sendiri adalah harus dielakkan. Berbual di telefon dalam jangka masa yang lama hanya membuat anda leka, kesannya banyak tugasan yang tangguh.

5. Menolak Tugasan : Sikap memilih tugasan seperti enggan menerima tugasan luar, malas bertemu klien seharusnya dielakkan. Terima apa sahaja tugasan yang diberikan oleh bos anda selagi ia masih dalam skop pekerjaan anda. Sekiranya anda berterusan bersikap memilih, lupakan saja impian untuk cemerlang dalam kerjaya anda.

6. Girlfriend/ Awek / Makwe : Sms, berchating YahooMessenger, MSNmesenger memanglah seronok terumatama mempunyai kekasih. Kisah romantik, cerita masalah, gurauan ini yang melalaikan. Perkara sebegini tidak perlulah berlaku diwaktu kerja, malah boleh berbincang selepas waktu kerja. Kadang-kadang dunia ‘chating’ juga boleh mendatangkan pergaduhan malah boleh mencacatkan emosi serta idea kita untuk membuat kerja.

Percintaan : 10 Tips Elakkan Pergaduhan

Gaduh! sesiapa pun pernah bergaduh. Samada gaduh dengan kawan sebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh. Ada juga kesedaran diri untuk diri masing-masing. Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya. Kadang-kala pergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan. Peace!!!


Kawal Emosi – “Chill lah!!”
Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.

Jangan Cari Pasal – “Ko apehal tak puas hati!”
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.

Jujur dan Saling percaya-mempercayai – “Saya percaya awak”
Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.

Berterus-terang – “Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya Rina Aritu”
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.

Bersikap Terbuka – ” It’s okay sayang, I tak kesah pun”
Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.

Jangan Ungkit Perkara Lalu – “Aku tahu ko pernah mencuri kan?”
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.

Jangan Bandingkan Dia – “Ko ni sama je dengan Bobo, busuk perangai macam kambeng!”
Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.

Buang Sikap Ego – “Aku rileks je”
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.

Jangan Sikap Mengongkong – “Pergilah kalau tak kau akan menyesal!”
Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!

Setia – “Syukur alhamdulilah, aku tak pernah curang”
Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat.

Percintaan : Ciri - Ciri Wanita Diminati Lelaki



Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelaah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:

1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

Percintaan : 5 Sebab Dia Bukan Cemburu Buta

Tentu Ramai yang menghadapi masalah cemburu ni kan. Tapi ada juga pasangan yang suka mempunyai cemburu buta. Pelik tak pelik sangatlah. Apa yang pasti cemburu membuatkan korang rasa bosan dan tertekan. Tapi tahukah kamu dalam perhubungan cinta sebenarnya cemburu itu memang perlu? Betul tak? Tapi itulah realitinya.Di bawah tertulis, Dia bukan cemburu buta jika:

1. Walaupun dia cemburu, tapi dia tetap percayakan kamu untuk membenarkan kamu keluar bersama teman-teman baik mu. Yelah, kamu juga perlukan masa untuk bersama teman mu. Takkan nak berkepit 24 jam.

2. Dia tak mudah cemburu bila tiba tiba saja kamu menerima panggilan telefon daripada lelaki/wanita yang tidak dikenali.

3. Sanggup menerima penjelasan kamu bila terdengar gosip kononnya kamu keluar dengan lelaki/wanita lain.

4. Tidak Kisah kalau kamu beri alasan sibuk dan tidak dapat jumpa dia. Dia tahu kamu memang sibuk dengan kerja dan menganggap kamu sengaja nak cari helah untuk keluar dengan orang lain.

5. Hanya tersenyum bila ada yang memuji kecantikan/ketampanan kamu di hadapannya. Yang penting kamu miliknya.

Percintaan : Perempuan Juga Perlu Tahu Yang Lelaki:

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…

6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.


10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…


14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)

16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.


18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…


19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.


20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Resepi : Grilled Salmon Skewer



Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 250gm Ikan Salmon
* 6 batang Lidi Sate

* **Bahan-bahan untuk perap**
* 30ml Soya Sos
* 30ml Madu
* ½ sudu kecil halia yg dicincang
* 1 ulas bawang putih, dicincang
* Sedikit garam
* Sedikit lada hitam
* 1/2 biji Lemon (utk ambil jus)

Cara-cara

1. Masukan bahan-bahan untuk perap dalam mangkuk besar, gaul sampai rata. Ketepikan.
2. Ikan salmon dipotong 6 keping yg sama besar.
3. Perap ikan salmon selama 30 mins. Cucuk sekeping ikan dalam sebatang lidi.
4. Bakar dalam ketuhar "grill" selama 4 mins, 2 mins untuk sebelah.
5. Panaskan sos yg digunakan utk perap tadi, hidangkan degan ikan salmon.

Resepi : Ikan Singgang



Bahan - bahan ( 4 org makan (sepinggan) )

* seekor ikan aya (ikan tongkol) saiz yang sedang2 je
* air 4 cawan
* bawang merah 2 ulas(dipotong halus)
* bawang putih 3 ulas(dipotong halus)
* garam secukup rasa
* lengkuas (sikit je)
* asam keping
* serbuk kunyit sikit
* lada kecil 4 biji
* gula sesudu

Cara - cara

1. panas kan periuk isi air 4 cawan masukkan terus ikan,lengkuas, bawang merah, bawang putih,garam, asam keping, lada kecil, kunyit dan gula tunggu sampai ikan masak dan hidangkan.

Resepi : Gulai Ikan



Bahan - bahan ( 2-3 orang )
  • 2 ekor ikan kembung- (apa2 jenis ikan pun tak pe)
  • 1cm lengkuas
  • 1cm kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 keping asam gelugur/keping
  • 3-4 biiji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji timun
  • 3 biji lada hijau
  • 1/2 biji kelapa-ambik santan

Cara - cara

  1. Bersihkan ikan dan ketepikan.
  2. Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
  4. Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau
  5. Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api.

Resepi : Salmon Butter Lemon


resepi salmon goreng dengan sos lemon

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 slices salmon
  • 2 + 1 sudu besar olive oil
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 sudu besar jus lemon
  • 4 sudu besar air
  • garam secukup rasa
  • lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
  • daun bawang untuk hiasan
  • tepung gandum/ corn starch

Cara - cara

  1. Salmon-butter-lemon1
    Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
  2. Salmon-butter-lemon2
    Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
  3. Salmon-butter-lemon3
    Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
  4. Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
  5. Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
  6. Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.

Resepi : Ikan Kukus Ala Sarawak



Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

* 1 ekor ikan sederhana besar yang segar (talipia / sultan / terubuk atau apa jenis ikan kegemaran )
* 2 biji bawang merah *
* 4 ulas bawang putih *
* 1 tangkai serai *
* 1 cm halia *
* asam jawa
* serbuk lada putih
* 2 -3 biji cili besar ( dihiris )
* 2 sudu besar Kicap ( paling sesuai Kicap Tong Nam )

Cara-cara

1. Tumbuk semua bahan-bahan *
2. Bersihkan ikan
3. Lumur seluruh badan ikan dengan asam jawa. ( asam jawa jangan dicampur air )
4. Letak ikan dalam bekas untuk dikukus. Tabur kan bahan ditumbuk atas ikan. Tambah lada putih, cili padi dan kicap. Kukus hingga ikan masak. Jika nak pedas, boleh guna cili padi.

Resepi : Ikan bakar air asam



Bahan-bahan ( 1 orang )

* 1 ekor ikan
* 1/2 biji tomato
* 1 sudu besar asam jawa
* 2 biji cili padi- kalau nak lagi pedas boleh tambah
* 1/4 biji bawang besar
* 2 tangkai daun kesum
* garam
* gula

Cara-cara

1. Bersih ikan. Letakkan sedikit garam dan bakar
2. [ Persediaan untuk air asam
3. Potong dadu tomato,mayang bawang besar dan juga daun kesum. Potong cili padi
4. Masukkan air masak ke dalam asam jawa. Tapis untuk ambil airnya
5. Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam air asam jawa.
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa

Resepi : Asam Pedas Ikan Jenahak




Bahan - bahan

1 ekor ikan jenahak sederhana besar
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
200 gram cili kering
1 sudu teh belacan
1 sudu teh kunyit hidup
2 helai daun limau purut
5 batang kacang bendi
2 sudu besar minyak masak
3 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara - cara

Siang ikan jenahak dan potong mengikut saiz yg dikehendaki, basuh bersih dan toskan. Kisar bawang merah, 3 ulas bawang putih, belacan dan kunyit hidup sehingga halus. 2 ulas bawang putih yg selebihnya dihiris. Panaskan minyak, apabila minyak sudah panas, tumiskan bawang putih yg telah dihiris tadi sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa, ikan, kacang bendi dan daun limau purut. Biarkan sehingga mendidih. Tambahkan garam sehingga secukup rasa.

Selamat Mencuba.

Resepi : Nasi Goreng Udang




Bahan - bahan

3 pinggan nasi putih
2 cawan udang basah saiz ikut suka
6 ulas bawang merah – ditumbuk
3 ulas bawang putih – ditumbuk
5 biji cili padi – ditumbuk
1 ulas bawang besar – ditumbuk
4 sudu besar kicap manis
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara - cara

Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi. Masukkan udang dan kacau. Setelah udang hampir masak, masukkan nasi dan gaulkan sehingga rata. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan angkat.

Selamat mencuba.



Tips Agar Anting - Anting Kekal Lama


Anting-anting jika kena dengan sipemakainya boleh menaikkan lagi seri wajah sipemakai. Oleh itu, anting-anting yang dipakai haruslah dijaga kerana pastinya harga yang dibayar bukanlah murah. Ikutilah tips ini agar anting-anting kekal lebih lama.

1. Simpan anting-anting didalam bekas yang bertutup dan kering.

2. Bersihkan anting-anting yang sudah dipakai menggunakan tisu yang lembut kerana peluh boleh merosakkan perak dan emas.

3. Semburan minyak wangi yang mengandungi alkohol boleh merosakkan anting-anting dan barang perhiasan yang lain, oleh itu jangan menyembur minyak wangi beralkohol ke anting-anting anda.

4. Elakkan anting-anting daripada terkena air.

5. Berhiaslah terlebih dahulu sebelum memakai anting-anting kerana debu alat solekan boleh mencacatkan rupa anting-anting yang dipakai.

Itulah beberapa tips yang boleh diikuti agar anting-anting yang dipakai kelihatan cantik dan berseri senantiasa. Insyaallah. Selamat mencuba.

Petua Hilangkan Bau Hanyir Pada Tangan

Ikan yang disiang pasti akan meniggalkan bau yang hanyir pada tangan anda. Ikutilah petua ini agar tangan anda tidak lagi berbau hanyir selepas menyiang ikan.

Kebiasaannya kita pasti akan menggunakan sabun untuk menghilangkan bau hanyir tersebut, apa yang kita tidak tahu, serbuk teh juga dapat menghilangkan bau ini. Ambil segenggam serbuk teh dan lumurkan pada tangan anda. Selepas itu, gosokkan serbuk teh tersebut pada tangan anda dan bilas menggunakan air bersih. Bau hanyir tersebut pasti akan hilang.

Insyaallah.

Panduan Memilih Kasut Sukan Yang Sesuai

Panduan Memilih Kasut Sukan Yang Sesuai

Memilih kasut sukan memang agak sukar bagi yang tidak mengetahui. Apatah lagi dizaman ini ada banyak pilihan untuk dibuat. Pasti agak sukar untuk memilih. Ikutilah panduan ini agar kasut yang dibeli sesuai dengan kaki dan aktiviti yang akan dilakukan.


1. Pilih kasut sukan yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan dilakukan. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis.


2. Ketika mencuba kasut itu sarungkan kedua-duanya sekali dan pastikan kasut itu tidak terlalu ketat. Cuba berjalan. membongkok dan melompat dengan menggunakan kasut itu, ini untuk memastikan kaki anda berasa selesa dengan kasut yang akan dibeli.


3. Beli kasut sukan baru anda tatkali hari menjelang petang kerana otot kaki diwaktu ini sedang mengembang. Keadaan ini paling hampir dengan keadaan semasa anda sedang bersukan.


Itulah beberapa panduan yang boleh anda ikuti semasa hendak membeli kasut sukan baru anda.


Selamat Mencuba.


p/s : Pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen yang tebal dan ringan agar risiko kecederaan dapat dikurangkan.

Petua Elak Semut Dalam Gula

Gula yang disimpan pasti akan mengundang semut, ikutilah petua ini agar gula yang disimpan tadi tidak akan dihurung oleh semut.

Letakkan beberapa butir bawang merah dan bunga cengkih kedalam bekas simpanan gula dan ditutup rapat. Pasti semut tidak akan lagi menghurungi bekas gula anda. Insyaallah. Selamat mencuba.

Urutan Wajah Melambatkan Proses Penuaan

Wanita sering dikaitkan dengan kecantikan, kehalusan, kesopanan dan keghairahan. Jika kesemua aspek ini tidak wujud dalam seseorang wanita, ia seolah-olah melambangkan wanita tersebut tidak sempurna. Lelaki sukakan wanita. Malahan, wanita sendiri ada yang mengagumi kecantikan wanita lain yang lebih cantik. Golongan yang cantik sangat bertuah dan amatlah rugi jika mereka mensia-siakan kecantikan mereka.


Tapi, bukan mengenai wanita cantik yang saya ingin tuliskan pada hari ini. Tetapi, apa yang kita lihat, bila umur seseorang wanita meningkat, segala yang dipuja, terutamanya secara fizikal, akan mula berkurangan.Contohnya, kecantikan akan semakin pudar bila kedut sudah mula timbul, keghairahan mula menurun bila hormon menopouse mula ‘menjelma’, perasaan malu mula menjengah bila tubuh badan mula menaik.


Walaubagaimanapun, semua itu kita dapat atasi jika kita pandai menjaga tubuh badan, kesihatan dan kecantikan kita. Kita boleh kurangkan lemak, turunkan berat badan yang meningkat dan mengekalkannya, tetapi tidak dalam bab penuaan. Walau banyak mana pun produk anti-penuaan yang kita pakai, hakikatnya kita tetap akan tua. Berita baiknya,walaupun kita juga akan tua suatu hari nanti tapi kita masih dapat melambatkan proses penuaan yang berlaku pada wajah kita.


Setiap penyakit pada asasnya berpunca daripada perjalanan darah yang tidak lancar. Secara ringkasnya, perkara yang sama berlaku pada wajah kita. Sekiranya perjalanan darah pada bahagian wajah kita tidak lancar, jerawat mudah timbul, tona kulit akan tidak sekata, liang pori yang sangat kelihatan dan pelbagai lagi masalah kulit yang lain kerana kulit muka adalah bahagian kulit yang sangat sensitif.


Oleh itu, bagi aspek penuaan pula, sekiranya perjalanan darah pada bahagian wajah berjalan dengan lancar, ia juga akan melambatkan proses penuaan yang berlaku pada kulit wajah. Ia boleh dilakukan dengan urutan pada wajah anda. Selain itu, ketika melakukan urutan pada wajah, anda boleh gunakan produk perawatan anti-penuaan atau pembaharuan sel-sel yang rosak sebagai pelembab utama ketika proses urutan dilakukan. Kesemua ini perlu dilakukan seawal umur 25 tahun kerana ia waktu yang terbaik untuk melambatkan proses penuaan yang berlaku.

Seperti kata Stephanie Chai mengenai tip kecantikan beliau, “Before foundation, apply primer and moisturiser, the result is very natural. Also, start on anti-ageing products early!” Walaubagaimanapun,sekiranya anda sudah berumur 30-an dan masih belum berbuat apa-apa untuk proses penuaan pada wajah anda, masih belum terlambat kerana kehidupan ceria dan sentiasa senyum juga, merupakan salah satu urutan wajah yang paling berkesan! Senyum…