Tanda-Tanda
Salah satu tanda yang menunjukkan yang ada sesuatu yang tidak kena pada bayi ialah pergerakkan bayi yang kurang dengan ketara atau tiada langsung. Sekiranya ia disertai dengan pemdarahan faraj, cepatlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.Diagnosa
Doktor selalunya akan membuat ujian ultrasounds untuk memastikan keadaan bayi anda. Sekiranya tiada degupan jantung bayi kelihatan pada ultrasound, anda akan didiagnosakan mengalami kematian bayi.
Selepas kematian bayi disahkan, selalunya wanita akan mengalami kelahiran secara semulajadi dalam masa dua minggu, tetapi tidak ramai wanita yang sanggup menunggu. Kelahiran secara ‘induce’ boleh dilakukan sebaik sahaja diagnosa dibuat.
Sekiranya tiada penjelasan yang jelas kenapa kematian itu berlaku, beberapa ujian termasuk bedah siasat (post mortem) mungkin akan dijalankan. Walaubagaimanapun, 1/3 daripada kematian stillbirth tidak diketahui puncanya.
Sebab-Sebab Kematian Stillbirth?
Antara punca utama kematian bayi dalam rahim ialah:- Kecacatan fizikal, kromosom atau jantung bayi
- Pendarahan pada uri atau abruptio
- Ibu yang mengalami kencing manis yang tidak terkawal
- Eclampsia
- Jangkitan Kuman
- Tali pusat terbelit atau terkepit
Pencegahan
Adalah penting untuk anda mendapat penjagaan kehamilan sepanjang tempoh mengandung. Sekiranya anda berisiko tinggi seperti mengalami darah tinggi dan atau kencing manis, pemantauan akan menjadi lebih mendalam dan kerap dari biasa.
Doktor mungkin akan menyarankan pengunaan carta pergerakkan anak semasa kandungan 30 minggu keatas. Sekiranya bayi kurang mengalami pergerakkan kurang dari 10 sehari, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.
Peluang untuk hamil selepas mengalami kematian stillbirth tetap ada. Walaubagaimanpun, bagi peluang untuk badan dan emosi untuk sembuh sepenuhnya, sebelum mencuba lagi. Kebarangkalian untuk kejadian ini berulang bergantung kepada punca kematian stillbirth yang pertama. Bagi kematian yang disebabkan oleh janin yang tidak normal, agak jarang ia berulang lagi pada kehamilan seterusnya. Andainya anda hamil lagi, berjumpah dengan doktor untuk untuk pemeriksaan awal agar ketidaknormalan dapat dikesan dengan lebih awal.
No comments:
Post a Comment