Pages

 photo sddf_zps85c1ecb0.jpg
Kehamilan Anggur (Molar Pregnancy)

Kehamilan a
nggur jarang berlaku tetapi tandanya ialah pendarahan dan mereka ini juga mengalami tanda-tanda loya dan muntah yang berlebihan daripada kehamilan biasa dan perutnya kelihatan besar lebih daripada ukuran biasa. Apabila dibuat ultra-sound scanning tidak ada janin dikesan tetapi hanyalah kesan seperti ombak-ombak yang dilihat dalam rahim.


Apabila disahkan
keadaan ini pesakit perlu menjalani pembersihan rahim melalui tatacara D & C dan D & C ini perlu diulang dua minggu kemudian untuk membersihkan kesemuanya tisu-tisu anggur ini kerana risiko jangka panjang ialah kejadian kanser rahim (coreo-carcinoma) akibat daripada pertumbuhan dari tisu kehamilan anggur ini. Tetapi ini hanya berlaku dalam lingkungan lima peratus (5 %) sahaja.


Oleh itu pengidap kehamilan anggur ini perlu menjalani pengawasan atau pemantauan yang teliti khususnya dengan ujian ultra-sound serta dengan ujian darah untuk mengesan hormon Beta Hcg. Jika paras hormon Beta Hcg ini telah balik ke normal, Insya Allah tidak ada risiko tumbuh kanser rahim tersebut dan wanita tersebut boleh terus hamil lagi.

Rumusan

Jalanlah pandang ringan terhadap masalah pendarahan diperingkat awal kehamilan kerana jika terlambat seperti dalam masalah kehamilan luar rahim, nyawa ibu boleh terancam ataupun jika kita mengabaikan nasihat dan rawatan doktor, dalam jangka panjang ia boleh menjadi kanser seperti dalam kehamilan anggur tadi. Selamatkan diri dengan mengambil berat segala tanda-tanda luar biasa yang berlaku waktu mengandung.

No comments: