Pages

 photo sddf_zps85c1ecb0.jpg

Apakah punca pendarahan?


1. Keguguran


Ini mungkin hanya ancaman sahaja (threatened abortion). Sebenarnya janin masih hidup dan boleh tumbuh lagi tetapi mungkin disebabkan oleh pendarahan daripada uri akibat daripada kuncupan rahim yang biasanya ditimbulkan oleh sebab tekanan fisikal dan mental, faktor kurang hormon atau kedudukan uri yang agak dekat dengan pintu rahim. Rawatan bagi keadaan ini ialah rehat sepenuhnya, ubat hormon diberi secara suntikan atau tablet, jauhkan dari hubungan suami-isteri dan tenangkan fikiran.


Keguguran boleh menyebabkan kematian janin iaitu apa yang digelar missed abortion”. Kadangkala pendarahan tidak banyak dan biasanya tanda-tanda hamil seperti loya dan muntah, bengkak buah dada agak berkurangan atau tiada langsung. Bila dibuat scanning ultrasound, biasanya tiada janin dikesan dalam karung kandungan atau mungkin terdapat segumpal daging janin tetapi tanpa denyutan jantung lagi. Dalam keadaan ini (missed abortion) memerlukan rahim dicuci melalui proses D & C.


Keguguran juga mungkin telah berlaku dengan sepenuhnya (complete abortion) dimana segala isi kandungan, uri dan janinnya telah keluar keseluruhannya daripada rahim. Biasa pesakit akan merasai kesakitan yang amat sangat dan akan melihat ketulan darah dan tisu yang keluar daripada kemaluannya. Apabila dibuat pemeriksaan ultrasound scanning rahim telah menjadi kosong daripada sisa-sisa kandungan.


Keguguran juga mungkin tidak sempurna (incomplete abortion) dimana sebahagian sahaja daripada tisu kandungan telah keluar dan sebahagiannya tertinggal dalam rahim. Ini boleh disahkan melalui ultrasound scanning dan dalam keadaan ini biasanya rahim perlu dibersihkan melalui tatacara D & C.



Pengesahan

1.Ujian kencing masih positif untuk kehamilan (positive urine pregnancy test).

2.Ujian ultrasound menunjukkan rahimnya kosong tanpa karung kandungan tetapi terdapat kesan darah dan karung kandongan di luar rahim.

3.Langkah yang perlu diambil ialah untuk menjalani pembedahan secara cemas. Setelah dibius doktor mungkin melakukan pembedahan laparoscopy untuk mengesahkan adanya darah di luar rahim dan seterusnya membuat pembedahan kecil pada perut untuk membuang kandungan yang telah pecah. Jika berlaku pada saluran fallopian, saluran tersebut perlu dibuang sekali dan seterusnya sisa-sisa kandungan dan darah dalam perut akan dibersihkan untuk mencegah daripada masalah kesan sampingan seperti “pelvic adhesions” di kemudian hari.


No comments: