Semasa hamil, loya dan muntah adalah perkara biasa bagi wanita. Tetapi sekiranya muntah-muntah sudah menjadi terlalu teruk, anda mungkin mengalami keadaan yang dipanggil hyperemesis.
Hyperemesis ia satu penyakit yang disebabkan oleh muntah-muntah yang keterlaluan yang terjadi semasa hamil, sehingga meyebabkan wanita hamil kehilangan bendalir dan galian dari badan. Ia berlaku kepada 1.5-2% wanita hamil.
Punca
Walaupun sebab sebenar kurang difahami tetapi keadaan ini mungkin disebabkan oleh- Tekanan emosi
- Masalah sistem penghadaman
- Perubahan hormon yang mendada
- Diet yang mengandungi lemak.
Simtom Hyperemesis
- Muntah-muntah yang keterlaluan berlaku tidak kira masa
- Pucat
- Sakit kepala
- Pening
- Rasa letih dan tidak bermaya
- Kekurangan air
- Pengsan
- Kekurangan berat badan dalam masa yang singkat.
Risiko Hyperemesis
Sekiranya tidak dirawat, hyperemesis boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menjurus kepada:- Kekurangan zat makan yang ketara
- Tekanan darah tinggi
- Masalah hati
- Masalah buah pingang
No comments:
Post a Comment