Untuk memastikan wajah kelihatan halus, kita perlu memastikan liang pori pada wajah kurang kelihatan. Jadi, bila saya bercakap mengenai liang pori dalam post ini, saya mengkhususkan kepada liang pori wajah kerana seperti yang anda tahu, liang pori terdapat di seluruh tubuh badan kita. Sekiranya liang pori pada wajah menjadi luas dan terlalu kelihatan pada wajah, wajah kita akan kelihatan agak kasar dan sebarang make up yang dikenakan tidak tampak kemas dan licin.
Jadi, di sini saya ingin menyediakan beberapa tips untuk mengecilkan liang pori supaya ia kurang kelihatan. Saya mulakan dengan penjagaan selepas mencuci wajah. Selepas seseorang mencuci wajahnya, liang pori akan terbuka untuk seketika. Pada waktu ini, sapukan penyegar (toner) pada wajah menggunakan tisu muka. Pilih penyegar yang berunsurkan ’sejuk’ atau yang bertindak sebagai pengecil liang roma (pore minimizer). Kebiasaannya, penyegar yang berasaskan mentimun adalah penyegar yang terbaik.
Setelah wajah anda dibersihkan dengan ’scrub’, pakai ‘topeng’ wajah untuk bertindak sebagai pengecil liang roma setelah melakukan ’scrubbing’. Topeng wajah terbaik ialah Pond’s Pore Care. Ia bertindak sebagai pengecil liang roma yang mempunyai ekstrak hazel dan pelembab. Ia juga bertindak sebagai pencuci muka dan juga ‘mask’. Pakai selama 5 minit dan kemudian bilas. Setelah pemakaian produk ini, anda akan merasakan kulit anda lebih halus dan liang roma lebih kecil.
Jadi, apa yang dapat saya simpulkan, untuk memiliki kulit wajah yang halus, produk asas yang perlu anda miliki ialah pencuci muka, penyegar, ’scrub’ dan juga ‘mask’. Amalkan secara berdisiplin. Contohnya, cuci muka pada setiap pagi dan malam, sapukan penyegar selepas setiap kali mencuci muka, ’scrub’ muka setiap pagi Selasa dan Jumaat, jika masih ‘free’ selepas ’scrubbing’, terus pakaikan ‘mask’ muka atau anda juga boleh pakai pada waktu malam, sebelum tidur.
Saya harap tip-tip ini dapat membantu dan memberi gambaran sedikit sebanyak bagaimana untuk menggunakan alatan penjagaan wajah dengan betul dan bagaimana untuk menggunakannya dalam amalan harian.
No comments:
Post a Comment