Pages

 photo sddf_zps85c1ecb0.jpg
4 Petua Banyakkan Air Susu Ibu

Oleh sebab ramai di antara anda yang mencari petua menambah air susu, saya nak kongsilah 4 petua banyakkan air susu. Ianya sesuai serta selamat diamalkan oleh para ibu selepas bersalin. Sebelum ini, saya ada sentuh sikit mengenainya, tapi tak berapa mendalam lah. “Petua banyakkan susu ibu”

Untuk petua kali ini, terdapat beberapa bahan lain yang boleh anda gunakan selain daun selasih. Antaranya ialah daun nangka, isi lempoyang, daun keledek dan pucuk betik. Cara menggunakan kesemua bahan tersebut bagi memperbanyakkan air susu para ibu adalah seperti berikut;

Petua 1:

Anda amalkan memakan daun keledek dan pucuk betik. Kalau boleh, makanlah setiap hari.

Petua 2:

i. Anda perlukan isi lempoyang.

ii. Isi lempoyang tadi hendaklah ditumbuk sehingga hancur.

iii. Kemudian anda perahkan isi lempoyang yang telah hancur dan tapis untuk mendapatkan airnya. Perahan airnya adalah berwarna kuning dan rasanya agak pahit.

iv. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut. Amalkan meminumnya selagi anda ingin memperbanyakkan air susu.

*** Sedikit info mengenai isi lempoyang – Isi lempoyang ni seakan-akan halia tapi berwarna kekuning-kuningan.

Petua 3:

i. Anda ambillah segenggam daun nangka yang masih muda.

ii. Bersihkan daun nangka tadi dan wapkannya sehingga layu.

iii. Kemudian, tumbuk daun nangka tu sampai lembut.

iv. Tambahkan sedikit air bersama daun nangka yang telah ditumbuk.

v. Seterusnya, anda perahkan airnya ke dalam sebiji gelas.

vi. Akhir sekali, anda tambahkan gula dan garam secukup rasa ke dalam air perahan daun nangka tersebut dan minum.

Petua 4:

Petua terakhir ni juga menggunakan daun nangka. Caranya lebih kurang seperti petua 3. Tapi, anda cuma ambil daun nangka yang telah diwapkan hingga layu tu dan makanlah bersama nasi. Kiranya anda jadikan ia sebagai ulam-ulaman. Nak cecah dengan sambal pun boleh. :)

Diharapkan 4 petua di atas dapat membantu para ibu menambahkan air susu mereka demi kesihatan dan kebaikan bayi anda.

No comments: