Betulkah orang melayu boleh bekerja di rumah? Sudah tentu boleh dan juga terbukti berhasil! Ok, di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang tip bekerja di rumah tidak hanya tertumpu pada wanita melayu kita, sebaliknya juga kepada sesapa sahaja yang masih terkial-kial untuk memulakan sesuatu.
1. Pilih perniagaan yang punyai peluang tinggi untuk mendapat prospek(pelanggan). Contoh perniagaan yang anda boleh jalankan :
* Penjagaan kanak-kanak
* Membuat kraftangan
* Kelas komputer dan tuisyen
* Khidmat mengendalikan keperluan harian untuk ibu bapa yang sibuk
* Catering (penyajian makanan majlis)
* Menjual insurans dan menulis wasiat
* Pengurusan dan penjualan hartanah
* Menjahit pakaian
* Khidmat mengurut
* Latihan menyanyi, bermain alat muzik, atau tarian
* Fotografi (cth:mengambil gambar majlis perkhawinan atau konvo kanak-kanak tadika)
* Majlis perkhawinan (andaman dan baju pengantin)
* Pembiakan haiwan peliharaan
* Terjemahan & penulisan
* Mencipta laman web
* Rekaan grafik dan melukis pelan
* Menjual pakaian terpakai, mainan, pita video dan buku
* Menjual tanaman bunga-bungaan
2. Lihat pada persaingan anda. Contonya anda ingin berniaga makanan, jika sudah terdapat ramai pesaing anda di kawasan perumahan anda, pastikan makanan yang anda ingin dagangkan lain daripada mereka. Ini dapat memberi perbezaan antara anda dan peniaga lain dan anda akan cepat dikenali dengan keunikan dagangan anda.
3. Sungguhpun anda mempunyai offline bisnes, tidak bererti anda tidak boleh mengiklankannya secara online. Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan ICT. Penggunan teknologi ini dapat meningkatkan kerja-kerja anda secara berganda!
4. Anda pemalu? malu pada tempatnya tiada masalah. Tapi malu untuk memberitahu tentang perniagaan anda adalah satu sifat yang anda perlu buang jauh. Tingkatkan jaringan komunikasi anda. SMS pun boleh!
5. Belajar, dan terus belajar. Jangan pernah berhenti untuk meningkatkan pengetahuan anda. Hadiri seminar perniagaan atau apa sahaja seminar yang boleh meningkatkan motivasi diri anda. Jangan malas, penyakit MALAS hanya membunuh impian anda!
6. Atur kewangan anda! Jangan boros. Jangan habiskan dengan shopping kepada hal yang tidak perlu! Buat simpanan atau buatlah pelaburan jika perlu. Tentukan peratus keuntungan yang perlu anda simpan. 10%?20%?30%? tentukan!
7. Jangan pernah mudah putus asa. Akan sampai satu masa, saat anda ingin bermula, sudah bermula, mahupun sudah berjaya, akan ada manusia-manusia yang dengki dan irihati dengan kejayaan anda. Berwaspada. Anggaplah ia hanya sebagai duri kecil yang tertusuk di kaki anda dan ia tidak memberi sebarang kesan kepada keseluruhan tubuh badan anda.
Wanita melayu boleh! melayu boleh!
No comments:
Post a Comment