Pages

 photo sddf_zps85c1ecb0.jpg

Khasiat Ubi Kentang Mencantikkan Mata









Khasiat Ubi Kentang Mencantikkan Mata

kentang



Selalunya petua untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata adalah dengan menggunakan timun dan uncang teh. Tetapi tahukah anda ubi kentang juga mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

Ini kerana kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda terutamanya pada bahagian muka kerana ia mengandungi enzim catecholase.
Ianya bukan sukar untuk dibuat, namun tidak juga sesenang seperti memotong timun kemudian lekapkan terus di kawasan mata. Tetapi hasilnya memang berbaloi untuk di lakukan.
Nak tahu cara-caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata anda:
1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Selamat mencuba!

Petua Untuk Menghilangkan Kurap



Petua Untuk Menghilangkan Kurap

Petua Untuk Menghilangkan                  Kurap
  
Pilihan 1: 

Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

Pilihan 2: 


Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap.
Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

Pilihan 3: 
Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.

Pilihan 4: 
Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.

Pilihan 5: 
Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.

Rozana Tidak Hadir, Proses Sulh Awie & Isteri Gagal


Rozana Tidak Hadir, Proses Sulh Awie & Isteri Gagal

Ketiadaan Rozana Misbun sewaktu perbicaraan di mahkamah telah menyebabkan proses Sulh di antara vokalis kumpulan Wings, Aie bersama isterinya itu gagal selepas rundingan yang sepatutnya menemukan kedua pihak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tidak menjadi, tengahari tadi.

Gambar: Baju Skuba Ketat Hanis Zalikha Undang Kontroversi







Gambar: Baju Skuba Ketat Hanis Zalikha Undang Kontroversi - Nama Hanis Zalikha, gadis blogger dan kini begitu popular sebagai selebriti mula mendapat perhatian umum.

Terbaru, sekeping foto beliau yang dimuat naik di laman sosial terkenal cetuskan kontroversi dan mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Foto tersebut menampilkan Hanis memakai sleeveless t-shirt ketat berwarna putih di atas sebuah bot.

Resepi Kek Karamel Pelangi


Resepi Kek Karamel Pelangi

Resepi Kek Karamel Pelangi

BAHAN GULA HANGUS:

2Sb gula
Tabur gula dlm loyang n msk ats api hgga cair n bertkr perang.ratakn keslrh dasar loyang.ketepikn.

BAHAN KARAMEL

1/2 tin susu cair
70g gula hls
1/2 st vanilla
3biji kuning telur
-kacau telur n vanilla dgn whisk prlhn2.
-masukkn susu n gula kacau lg hgga gula larut tp perlhn sj.
-tapis kedlm loyang gula hangus td.ketepikn.

Petua Untuk Mengurangkan Sakit Pinggang


a. Berehat - Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal dibawah lutut. Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini 3 hari berturut-turut. Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.

b. Mandi air suam - Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari. Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.

Resepi Nasi Arab Simple




Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas) 




7 Cara Merawat Sakit Gigi



7 Cara Merawat Sakit Gigi
7 Cara Merawat Sakit Gigi


Sakit gigi memang amat menyeksakan. Berikut terdapat 7 petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.




Jangan abaikan senaman bebanan!




Jangan abaikan senaman bebanan! Tahukah anda bahawa senaman bebanan (weight training) sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan?

Ok! Hari ni saya nak kongsi tip menurunkan berat badan dengan senaman bebanan. Diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu anda  untuk merealisasikan impian tubuh idaman anda.

Mungkin ada yang berkata senaman bebanan hanya untuk lelaki yang inginkan badan berketul-ketul.

Itu salah sebenarnya.

Senaman bebanan ini bergantung kepada cara pelaksanaan. Pelaksanaan berlainan akan menghasilkan kesan yang berbeza-beza.

Secara umumnya, bagi wanita atau lelaki yang ingin turunkan berat badan harus membuat senaman bebanan berselang seli dengan senaman kardio.

Untuk makluman anda, senaman kardio banyak membakar kalori daripada glukosa manakala senaman bebanan pula banyak membakar kalori daripada lemak.

Telah banyak kajian yang dijalankan yang membuktikan senaman bebanan dapat membakar lemak dengan pantas serta dapat menurunkan 30% risiko mendapat penyakit kencing manis!

Jadi bagi anda yang inginkan susuk tubuh menawan dan kesihatan berpanjangan, jangan abaikan senaman bebanan yep ;)

Inilah Punca Pemergian Budak 11 Tahun Ini Mendapat Tunduk Hormat Dari Pasukan Doktor [Video]



Inilah Punca Pemergian Budak 11 Tahun Ini Mendapat Tunduk Hormat Dari Pasukan Doktor [Video]

Doktor di Shenzhen, China memberi tunduk hormat ke atas pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat tumor otak awal bulan ini.

Sebelum meninggal dunia, budak lelaki yang berani ini ingin memastikan pemergiannya akan dapat memberi kesan dan bantuan untuk pesakit lain supaya menjadi sihat tidak sepertinya.

Hanya selepas lapan jam pemergian beliau, beliau menyelamatkan beberapa nyawa melalui pendermaan organ buah pinggang dan hati beliau, dan juga penyelidikan perubatan lain.

Keluarganya menjelaskan bahawa dia mahu menyelamatkan orang lain daripada mempunyai rasa sakit yang dia alami dari penyakitnya dan "dapat hidup dengan cara yang lain.

" Keluarganya juga bercakap tentang sekiranyai a masih hidup, kanak-kanak itu mahu menjadi doktor. Dia hanya mahu membantu orang lain.

Mengetahui bahawa ianya tidak akan berlaku, dia melihat ini sebagai pilihan yang terbaik seterusnya dalam membantu pesakit lain hidup dan sihat. Mereka yang menerima sumbangan beliau pasti akan bersetuju.