Pages

 photo sddf_zps85c1ecb0.jpg
Belajar mengendalikan stress anda

Pada abad ke 21 ini, stress adalah pembunuh utama dan penyebab bagi kebanyakkan penyakit masa kini. 90% pesakit mental dan juga fizikal adalah terhasil daripada stress. Amat penting untuk mengendalikan stress anda agar tidak mempengaruhi keseluruhan hidup anda.

* Luahkan perasaan dan sibukkan diri. Jika anda terlalu stress, luahkan perasaan marah, geram, dan kesal anda kepada orang yang tersayang mahupun yang terdekat dengan anda. Jika anda hidup bersendirian, keluarlah berjogging, bersosial, menggunakan Yahoo Messenger, beryoga agar anda dapat mengurangkan stress yang anda hadapi. Namun elakkan dari membuat perkara yang melanggar undang-undang dan tidak berfaedah. Ia akan menambahkan stress!


* Makan makanan berkhasiat. Cuba jaga diet anda. Makanan yang menyihatkan akan mempengaruhi pemikiran dan tahap kesihatan anda seharian. Jangan terlalu mengambil banyak kopi, kandungan kafien didalamnya boleh membuatkan anda tidak tidur dan tidur yang tidak cukup akan mempengaruhi fikiran anda.


* Tidur yang cukup. Pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi iaitu 8 jam sehari. Cukup tidur akan memberikan cukup oksigen ke otak anda dan membuatkan anda sentiasa segar dan ceria setiap hari.


* Membuat jadual yang rapi. Untuk menguruskan kerja-kerja seharian agar tidak bertindih dan bertangguh, buatlah jadual yang sesuai. Buat jadual untuk membahagikan masa untuk buat kerja rumah, membaca, surfing, dan jangan sekali-kali membawa kerja pejabat ke rumah. Pengurusan masa yang baik akan mengelakkan anda dalam keadaan kelam kabut dan anda akan sentiasa bertenang.


* Kewangan sihat. Pastikan kedudukan kewangan anda sentiasa stabil. Jauhi berhutang, jika anda melakukan hal tersebut pun, pastikan anda membayar tepat pada masanya agar anda tidak membelanjakan lebih wang ke arah itu. Pastikan anda memperuntukkan berapa peratus untuk tujuan kecemasan. Ia akan mengelakkan anda dari stress yang berat.

No comments: