Pages

Bagaimana membina bajet ?

Membuat bajet sendiri kadangkala bukanlah sesuatu yang seronok untuk dilakukan. Apatah lagi bila diakhir-akhir pengiraan, wang anda lebih banyak dialirkan untuk membayar hutang-hutang yang sedia ada. Akan tetapi realitinya inilah perkara yang anda harus lakukan dalam menentukan kewangan keluarga anda sentiasa dipantau dan keluar masuk kewangan anda dapat ditentukan oleh anda.

Disini saya berkongsi dengan anda bagaimana menentukan bajet anda:


1. Kumpulkan semua bil-bil bayaran anda. Ia termasuklah penyata bank, akaun pelaburan, bil utiliti dan semua bil-bil pembayaran mahupun pendapatan sampingan anda. Dengan cara ini anda dapat menentukan berapa purata pengeluaran kewangan anda setiap bulan.


2. Rekod semua sumber pendapatan anda. Jika anda bekerja sendiri dan mempunyai banyak pendapatan sampingan diluar, pastikan income anda itu dicatat dengan sebaiknya dan dengan teliti. Jika anda sedang bekerja, catatkan gaji yang anda terima setiap bulan.


3. Bina senarai perbelanjaan bulanan. Senaraikan perbelanjaan keluar wang anda yang sentiasa berulang-ulang. Contohnya bayaran kereta, insurans, utiliti, dan sebagainya. Ianya bolehlah dikatagorikan sebagai bayaran tetap setiap bulan yang perlu anda bayar.

4. Buat pecahan untuk bayaran tetap dan bayaran berubah. Tetapkan bayaran yang tetap setiap bulan, contohnya bayaran untuk kereta, rumah, pinjaman da sebagainya. Manakala bayaran berubah adalah seperti bayaran utiliti, termasuk wang dapur, bayaran persekolahan anak, topup dan minyak kereta.


5. Kira keseluruhan jumlah pendapatan dan jumlah pengeluaran.Adalah amat penting untuk anda mengira keseluruhan jumlah pendapatan dan pengeluaran dan sentiasa membuat perbandingan. Jika anda mendapati banyak perbelanjaan keluar, anda harus membuat pemantauan semula dan perbelanjaan besar ini perlu dikurangkan sedikit.


6. Pantau setiap bulan perbelanjaan anda. Perbelanjaan anda perlu dipantau setiap bulan. Jika anda perlu menyediakan buku log khas keluar masuk duit anda ia amat digalakkan.


Dalam penentuan bajet diri atau bajet keluarga anda, amat penting disiplin diri yang tinggi. Kawallah nafsu anda untuk berbelanja besar dan lebih. Buat simpanan tetap setiap bulan, dan nikmatinya saat tiba masa. Selamat menyediakan bajet anda!

No comments: