Pages

 photo sddf_zps85c1ecb0.jpg
Pendarahan di awal kandungan

Tiga bulan pertama kandungan adalah waktu yang terpenting kerana ketika itu pembentukan jasad berlaku daripada sekelompok darah menjadi segumpal daging dan seterusnya berbagai anggota badan dibentuk sehinggalah roh ditiupkan kepada jasad pada peringkat empat bulan. Pada ketika itu dan seterusnya barulah janin kukuh dalam kandungan sehingga sampai waktu kelahiran.

Diantara gejala-gejala yang mungkin timbul diperingkat awal kehamilan ialah keguguran atau kecacatan. Lebih kurang 10 hingga 15 peratus kehamilan mungkin gugur atau menjadi luar biasa seperti kehamilan anggor (molar pregnancy) atau kehamilan di luar rahim.

Tanda pertama bagi kehamilan luar biasa ini ialah pendarahan. Pendarahan walaupun sedikit ataupun banyak ialah satu petanda yang tidak baik bagi kandungan kerana ia menunjukkan sesuatu ancaman terhadap janin tersebut. Apabila keadaan ini berlaku kita boleh anggap kemungkinan kehamilan ini akan berterusan sehingga sempurna atau akan gugur ialah – 50 peratus. Perdarahan yang disertai dengan kesakitan perut yang amat sangat mungkin menandakan keguguran atau kandungan di luar rahim (ectopic pregnancy). Kedua-dua ini merupakan ancaman besar kepada ibu dan bayi .

Jangan pandang ringan terhadap masalah pendarahan diperingkat awal kehamilan. Langkah utama ialah untuk berjumpa dengan doktor yang terdekat. Mungkin ia seorang doktor biasa (GP) untuk mendapat nasihat atau terus berjumpa dengan doktor pakar perbidanan & sakitpuan untuk mendapatkan nasihat, atau terus masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan penyiasatan selanjutnya.

No comments: