Pages

 photo sddf_zps85c1ecb0.jpg

Prinsip yang perlu sebelum memulakan perniagaan internet dari rumah

Bagi anda yang kini yang bersemangat berkobar-kobar untuk memulakan perniagaan internet dari rumah, masih tercari-cari formula yang perlu untuk memulakannya, saya sediakan prinsip yang perlu anda ikuti agar anda mendapat sedikit panduan.


* Mentor. Ia bukan satu kewajipan. Namun begitu ia amat penting agar anda mempunyai satu guide line yang dapat diikuti agar tidak tersasar dari matlamat anda. Melalui mentor juga anda boleh mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan jelas kerana mereka telah mengalami situasi anda sebelumnya. Jika boleh, carilah mentor yang mempunyai kekuatan team yang kukuh. Ini kerana idea-idea bernas mereka telah membuahkan formula yang lebih efektif untuk anda mencapai kejayaan.

* Internet. Saat ini talian internet adalah penting. Anda perlu memilih samaada untuk memilih antara talian streamyx mahupun gunakan saja broadband. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Tapi pada saya, broadband juga kelihatan sangat bagus, kerana ia mobiliti berbanding talian streamyx. Dengan broadband, anda boleh online dimana saja dan dengan mudah menjawap segala email dan maklum balas pelanggan.

* Cara Pembayaran. Penting bagi anda menyediakan akaun yang perlu untuk pembayaran dari pelanggan mahupun akaun tempat dimana anda dibayar. Jika selama ini anda tidak pernah menggunakan bank online. Ini masanya untuk anda register semua akaun bank anda ke online. Ini kerana kemudahan ini telah digunakan oleh hampir kesemua bank yang terdapat di Malaysia.

* Syarikat Yang Kukuh. Jika anda memilih untuk mengikuti program affiliate, carilah syarikat profesional yang mempunyai kedudukan dan nama yang kukuh agar mudah bagi anda dibayar setelah mempromosikan produk mereka. Pastikan syarikat ini juga sentiasa memberi respon yang cepat, bertanggungjawab dan sentiasa memberi perhatian sekiranya anda mempunyai masalah dalam memasarkan produk mereka.

* Pengurusan Masa. Anda tidak akan menyedari selama mana anda berhadapan dengan komputer/laptop sekiranya anda tidak tahu membahagikan masa. Ini sedikit sebanyak akan menganggu kesihatan dan tumpuan anda. Kadang-kala ia akan membuatkan anda berputus asa! Oleh kerana itu, buatlah satu jadual agar anda dapat memperuntukkan jam tertentu untuk tujuaan bisnes online anda, keluarga dan diri sendiri.

* Fokus. Tidak dinafikan, untuk memulakan perniagaan online, terdapat banyak cabaran dan dugaan yang akan mendatang. Lebih-lebih lagi anda tidak mendapat sokongan dari orang yang terdekat dengan anda. Saat ini adalah penting untuk anda terus fokus dan kekal bermotivasi dengan matlamat yang telah tetapkan. Jangan mudah putus asa. Untuk berjaya memang perlu cabaran-cabaran seperti ini. Tapi saat anda sudah berjaya, tiada siapa lagi yang akan mempertikaikannya.

Malaysia Web Hosting

No comments: