Pages

Kekeluargaan : Makan Bersama Membina Sifat Kekeluargaan











Oleh Prof Madya Dr Norimah A. Karim, Pakar Pemakanan


Makan sekeluarga memainkan peranan penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan tetapi kini jarang diamalkan. Ada beberapa sebab kita harus meneruskan amalan ini bersama keluarga kita. Makan malam bersama keluarga bukan sahaja bertujuan mendapatkan khasiat pemakanan yang baik; inilah masa paling sesuai bagi seisi keluarga untuk meluangkan masa kualiti bersama. Amalan ini akan membina keluarga bahagia selain memupuk amalan pemakanan sihat di kalangan anak-anak kita. Walaupun makan malam bersama amat penting, semakin banyak keluarga kesuntukan masa untuk melakukannya, terutamanya ibu bapa yang bekerja. Tambahan lagi, kita secara tidak sedar lupa untuk mengajar anak cara yang betul untuk makan dan sebaliknya terlalu memberi tumpuan kepada makanan berkhasiat yang harus dimakan. Malah hanya sewaktu makan bersama barulah kita boleh mengajar anak kita tentang pemakanan sihat dan juga



Mengajak Ahli Keluarga Makan Bersama

Anda ingin menggalakkan keluarga anda makan bersama? Cuba beberapa cadangan berikut:

1-Jadi teladan yang baik – Perkara paling penting yang harus diingat ialah anak kita mencontohi tingkah laku kita. Jika kita makan cepat, terlalu memilih makanan atau tidak kisah apa yang berlaku di meja makan, anak kita akan mencontohi sikap kita terhadap makanan.

2-Menyampaikan mesej yang betul – Menunjukkan sikap yang baik terhadap makanan akan menanamkan amalan pemakanan yang baik di kalangan anak kita. Jangan asyik menyatakan bahawa kita sedang berdiet dan tidak mahu makan; kita tidak mahu anak kita menjadi seperti ini apabila dia meningkat dewasa.

3-Beri tunjuk ajar kepada anak kita – Makan dan juga hidangkan saiz sajian yang sederhana untuk memberi anak kita gambaran yang baik tentang cara pemakanan yang betul. Pastikan kita mengamalkan sikap positif terhadap makan dan makanan; dengan cara ini, anak kita akan mempelajari tentang amalan dan khasiat pemakanan yang betul dan akan menganggapnya sebagai sesuatu yang penting dan perlu dalam kehidupannya.

4-Ketepikan segala gangguan – Pastikan kita memanfaatkan sepenuhnya masa yang diluangkan bersama, yang seharusnya bersifat dinamik dan ceria. Padamkan televisyen dan telefon bimbit kita jika perlu.

5-Libatkan anak kita – Ajak anak kita membantu menyiapkan makanan, menyusun meja, menghidangkan makanan dan mengemas meja selepas makan. Dengan cara ini anak kita rasa bertanggungjawab, dan berbangga dengan bantuan yang diberikannya.




Mengapa Makan Bersama Membawa Manfaat

Khasiat Pemakanan Yang Lebih Baik – Kanak-kanak yang kerap makan bersama keluarga lebih cenderung untuk makan buah-buahan sebagai snek dan juga mendapatkan khasiat penting lain daripada sayur-sayuran, bijian dan makanan yang kaya dengan kalsium.



1-Kurang Meragam

Remaja yang menghabiskan lebih banyak masa makan bersama keluarga didapati kurang melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak disenangi.

2-Mengeratkan Hubungan Keluarga

Waktu makan selalunya singkat kerana kita terpaksa mengejar masa menghabiskan tugasa, menghadiri mesyuarat dan pelbagai lagi perkara. Kalau begini caranya, anak kita pasti tidak suka makan bersama. Apabila makan bersama keluarga, pastikan seisi keluarga duduk bersama untuk memanfaatkan sepenuhnya masa yang diluangkan.

3-Bergembira Bersama

Pastikan perbualan menyentuh perkara yang menceriakan, untuk memastikan semua orang gembira.



Satu kajian Harvard yang diterbitkan dalam Archives of Paediatrics & Adolescent Medicine (2000) mendapati bahawa ahli keluarga yang kerap makan bersama menunjukkan pengambilan khasiat yang lebih baik dan menghadapi risiko yang lebih rendah tidak dapat mengawal berat badan serta penyalahgunaan dadah. Selain itu, ahli keluarga yang makan bersama setiap hari mengambil kandungan nutrien yang lebih tinggi seperti kalsium, serat, besi, vitamin B6 dan B12, C dan E serta mengambil lemak keseluruhan yang lebih rendah, justeru mengekalkan gaya hidup yang sihat

No comments: