Demam Selsema Dan Batuk
Kerap terjadi semasa hamil tetapi tidak merbahaya kepada kandungan. Rawatan termasuklah minum air lebih dari biasa dan banyakkan berehat. Ubat selsema adalah selamat dan panadol boleh diambil sehingga 1 gram 4 kali sehari jika perlu. Sekiranya batuk semakin menjadi-jadi dan kahak bertukar menjadi kehijauan, anda sudah dijakiti kuman dan memerlukan rawtan antibiotik. Kebanyakkan ubat antibiotik yang selamat untuk dimakan semasa hamil tetapi beritahu doktor anda yang anda sedang mengandung.Jangkitan Faraj
Jangkitan fungus (kulat)Kehamilan menyebabkan wanita lebih senang untuk mendapat jangkitan fungus dan kebanyakkannya disebabkan oleh candida albicans. Kulat ini berada dalam faraj 16% wanita tidak hamil dan 32% wanita hamil. Ia mungkin tidak memberi apa-apa simtom tapi ramai yang mengadu gatal-gatal, sakit dan keluar lendir berwarna putih yang berkeping-keping.
Ia lebih mudah terjangkit pada kandungan ke 2 dan seterusnya, pada trimester ketiga, selepas memakan antibiotik dan dikalangan wanita yang mengalami diabetik. Rawatan selalunya mengunakan antifungal yang dimasukan ke dalam vagina. Ubat makan tidak disarankan semasa hamil. Kaum lelaki juga senang mendapat jangkitan fungus. Ia akan menyebabkan kemerahan dan kesakitan pada zakar dan bintik kecil padanya.
Group B Streptococcus (GBS)Ialah bakteria yang menjangkiti 15-20% wanita hamil dan selalunya tidak memberi apa-apa simtom langsung. Jarang-jarang, kuman ini akan berjangkit kepada bayi yang boleh meyebabkan jangkitan paru-paru yang teruk selepas lahir. Rawatan antibiotik akan diberikan kepada wanita berisiko mendapat GBS iaitu meraka yang pernah mengalami pecah ketuban sebelum bersalin, kelahiran sebelum 37 minggu, demam atau bayi sebelumnya pernah mengalami jangkitan kuman GBS.
Jangkitan Kuman Yang Berjangkit Melalui Hubungan Seks Atau STD
Jangkitan kuman yang tersebar melalui seks boleh berjangkit kepada bayi dan menyebabkan komplikasi yang teruk. Walaubagaimanapun, di Malaysia, ia bukan sesuatu yang kerap berlaku disebabkan polisi kerajaaan yang menyarankan semua wanita hamil menjalani ujian darah untuk memastikan yang mereka bebas dari kuman STD. Ujian tersebut ialah : VDRL, Hepatitis-B dan HIV.
No comments:
Post a Comment