Pages

MEE BANDUNG MUAR ORIGINAL



BAHAN-BAHAN :
✔ 1 kg mee kuning
✔ 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
✔ 1 labu bawang putih (diketuk)
✔ 5 biji bawang merah
✔ ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)
✔ ½ cawan udang hidup
✔ 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
✔ Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)


✔ Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
✔ ¾ – 1 cawan gula pasir
✔ 3 – 4 cawan air rebusan daging
✔ 1 sudu makan sos tiram
✔ Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
✔ Garam secukup rasa
✔ Minyak untuk menumis
✔ Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
✔ Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Tip: Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

CARA MEMASAK
✔ Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
✔ Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
✔ Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
✔ Masukkan sos tiram
✔ Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
✔ Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Tip: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)
✔ Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
✔ Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
✔ Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
✔ Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
✔ Hidangkan.

Okey, selamat mencuba

No comments: