Pages

 photo sddf_zps85c1ecb0.jpg

Resepi Biskut Teratai Delima Hati



Resepi Biskut Teratai Delima Hati

Resepi Biskut Teratai Delima Hati

Resipi Daripada  Naib Juara Kategori Biskut Cabaran Daisy Sehebat Chef Pada Tahun 2011 peringkat akhir iaitu Natrah Ismail, 59.

Natrah, peserta paling veteran dari Seberang Jaya, Pulau Pinang telah memenangi cabaran tersebut selepas menambat hati juri .



Bahan-bahan:

160 gram tepung kastard
120 gram tepung Jagung
80 gram tepung gandum
80 gram gula halus
150 gram minyak jagung Daisy
1/4 sudu teh Emplex
1/4 sudu teh vanilin
100 gram serbuk badam
1/4 sudu teh garam

Cara-cara:

1) Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk, mesinkan sebati.

2) Masukkan minyak jagung Daisy dan mesin hingga menjadi doh.

3) Canai adunan dan terapkan acuan bunga teratai.

4) Letakkan adunan dalam acuan mangkuk kecil.

Adunan bunga:

80 gram tepung gandum

30 gram gula ising

30 gram tepung jagung

1/2 sudu teh esen strawberi

Cara-cara:

1) Mesinkan semua bahan-bahan kering, kemudian masukkan minyak jagung Daisy.

2) Gaul hingga sebati dan lembut.

3) Dengan menggunakan nozel samperit, paipkan adunan di atas adunan bentuk teratai tadi.

4) Panaskan ketuhar 160 Celcius bakar antara 15 hingga 20 minit sehingga biskut masak.

Dipetik dari http://www.kosmo.com.my




No comments: