Pages

 photo sddf_zps85c1ecb0.jpg

Cara Elak Blog Di Hack

 
Isu blog kena hack bukanlah satu isu biasa dan banyak blog yang sudah digodam atas tujuan tertentu. Malaysia antara negara yang ramai pemilik blog yang banyak di hack. So, aku nak share la tips dan cara simple nak elak blog dari kena hack.
 
1. TUKAR KEPADA STRONG PASSWORD
- pastikan password email korang panjang.
- masukkan sekali huruf besar dan huruf kecik.
- masukkan nombor dan simbol.
- jangan masukkan nama atau maklumat orang mudah nak teka.
  • Contoh password yang lemah : nick1234
  • Contoh password yang kuat : nickbencioranghackedblog2018*9
2. SELALU TUKAR PASSWORD
Walaupun korang dah ubah password tu kepada password yang kuat, tapi ada jugak hacker yang boleh hack blog korang kalau diberikan masa yang cukup. So, selalu la tukar password korang, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.


3. PILIH TWO-STEP VERIFICATION
Two-step verification ni tambahan keselamatan kepada akaun email korang. So, bila korang sign up untuk masukkan email dan password, korang akan dibawa ke satu lagi laman di mana korang kena masukkan kod yang dihantar ke handphone korang. Kalau ada orang nak hack blog korang, hacker tu perlu ada password dengan handphone korang sekali.
 
4. BUAT BACKUP BLOGSPOT
Kalau boleh buat backup ni setiap minggu, bergantung pada kekerapan korang update blog. Ada 5 cara korang boleh backup blog. Korang boleh guna Feed, Export Blog, Window Live Writer dan Httrack. Tapi yang ni aku nak share pasal backup blog dengan export function je. Sebelum blog korang kena hack, (mintak la dijauhkan) elok la download dan save blog korang dalam bentuk *.xml ke laptop korang sebagai backup. Sebab bila dah dihack, password blog korang akan ditukar dan korang dah tak boleh nak login.

No comments: