Pages

Cara Elak Berhutang

Kebanyakan kita mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis hutang apabila kita sudah bekerja. Paling ‘famous’ sekali ialah hutang pinjaman kereta. Paling teruk belum bekerja lagi sudah dibebani dengan hutang. Iaitu pinjaman PTPTN.
Di sini saya ingin memberi sedikit tips bagaimana untuk mengelak daripada berhutang.

  • Jangan sesekali membeli barang secara ansuran jika anda mempunyai simpanan tunai yang banyak. Kadar faedah yang tinggi menyebabkan anda membayar harga yang lebih tinggi daripada harga asal.
  • Jangan suka berhutang pada benda remeh. Suka sangat berhutang dengan rakan-rakan. Anda hanya sedar apabila hutang yang sikit tadi telah menimbun. Pernah dengar ‘sikit-sikit menjadi bukit’?
  • Pertimbangkan hutang sebagai langkah terakhir. Pilih hutang yang mempunyai kadar faedah yang paling rendah dan fleksibel.
  • Jika anda rasa anda mempunyai sifat boros, jangan guna kad kredit! Ini akan memburukkan lagi keadaan.
  • Jika anda mengimpikan sesuatu, sediakan satu dana khas untuk tujuan tersebut. Beli apabila dana tersebut telah cukup.
Di Malaysia, kita tidak boleh lari dari hutang. Sekurang-kurangnya hutang pinjaman rumah.
Moral di sini ialah elakkan dari berhutang. Rancang kewangan anda sebaik mungkin dalam menghadapi kos hidup yang semakin tinggi sekarang!

No comments: