Pages

Nak Cantik ???

 
 
Sekarang bila bukak je Facebook, dekat newsfeed banyak la iklan pasal kecantikkan ni. Nak putihkan itu la, nak hilangkan ini la.. banyak sangat untuk renovate muka untuk jadi cantik dalam masa yang singkat sedikit sebanyak dapat mempengaruhi dan jadi tarikkan sesiapa yang taksub pada kecantikkan. ye! Termasuklah aku! huhu
Sape je tak nak jadi cantik kan? Kalau tengok ada iklan minum itu ini dapat jadi apa yang kita nak dalam masa yang singkat memang terpengaruh walau tak tahu lagi berkesan ke tidak dekat kulit muka ni kan kan kan. WALAU benda tu mahal. tak kesah dah! asalkan nak cantik macam tuuuuuu!
tapi tapi tapi... aku ada kaji (takyah nak kaji sangat lah kan. aku google je pun), dalam semua produk kecantikkan, mesti ada tinggalkan pesanan suapaya kena juga minum air kosong around 8 gelas sehari. tak kiralah apa jenis produk sekali pun. ye! aku ade perasan tu.
korang tahu tak, sebenarnya tak yah beli produk mahal2 pun boleh jadi cantik macam apa yang kita nak. tapi kalau nak beli jugak, bergantung. melainkan ada masalah kulit atau apa2 je la yang memang perlukan produk bagai.
tapi, bila kita minum air kosong 8 gelas sehari dah boleh buatkan kulit muka jadi lembab, cantik, toksin dalam badan pun dibuang, kuku jadi sihat, buah pinggang pun bersih, mencegah sakit kepala dan macam2 lagi kebaikkan bila kita amalkan secara berterusan.
bila kita minum banyak air kosong, air kencing kita pun jadi jernih kan? tak kuning kan? masa tu korang dah boleh senyum2 suka sebab korang dah bersih kan kekotoran dalam badan korang. jangan sampai korang menyenggih je sampai keluar toilet. nanti orang pikir lain -,-
jadi, produk-produk yang mahal tu adalah sampingan atau bonus nak tambah kan kecantikkan je. nak cuba tak pa. tak nak pun tak pa. tapi kena berhati-hati lah ye. takut memudaratkan diri sendiri. sesetengah kulit tak sesuai dengan produk sebarangan. nak lebih selamat, minumlah air kosong atau air suam 1.2 litre atau 8 gelas sehari.
mula-mula memang tak biasa sebab kita mana nak amalkan sebelum ni. tapi istiqamah la. lama-lama biasa. :)

No comments: